SUASANA tenang menyelubungi galeri Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi apabila pelakon dan usahawan Fizo Omar melafazkan cerai terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim pada pagi, Rabu.
Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan talak satu terhadap Mawar, 30, pada pukul 10.55 pagi.
Lafaz cerai Fizo dibuat di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.
Mawar sebelum ini memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.
Hak penjagaan anak mereka Wan Maryam yang kini berusia dua tahun diberikan kepada Mawar.
Menerusi laporan media, Fizo juga mengakui terkejut apabila dimaklumkan isterinya sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.
Fizo dan Mawar bersama anak mereka, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Mawar, 30, pernah memberitahu dia sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung masalah rumah tangga mereka.
Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.
Difahamkan, perceraian itu berpunca dari masalah keluarga.
Mawar memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, pada 5 Julai lalu.
Terdahulu, Che Abdullah bertanya adakah Fizo bersetuju untuk menceraikan Mawar. Fizo menjawab dia bersetuju kerana sudah tiada keserasian dan persefahaman di antara mereka sejak beberapa tahun lalu.
Fizo dan Mawar juga saling bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri.
Hakim kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintah Mawar menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama JAIS dan sijil nikah dibatalkan.
Fizo dan Mawar bernikah pada November 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Pasangan ini mendapatkan rawatan daripada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arsat untuk memperoleh zuriat.
0 Comments