Bagaikan Tahu Ajal Menjemput,Isteri Bekas KPN Tan Sri Musa Hasan Beli Sendiri Alat Kelengkapan Jenazahnya

loading...
Loading...
Bagaikan Tahu Ajal Menjemput,Isteri Bekas KPN Tan Sri Musa Hasan Beli Sendiri Alat Kelengkapan Jenazahnya

Sebak melihat foto-foto yang diambil oleh my ex-boss Datuk Ruhaidini Abd Kadir yang menziarahi jenazah Puan Sri Juriah sebentar tadi.

Juriah adalah isteri kesayangan Tan Sri Musa Hasan, bekas Ketua Polis Negara.

Walaupun sudah larut malam, Musa setia membacakan ayat-ayat Al-Quran buat isterinya yang terbaring tidak bernyawa.

Menurut catatan Ruhaidini dalam FB beliau, Musa memberitahunya yang arwah seperti sudah tahu isyarat tanda-tanda kematian apabila Juriah 'mempersiapkan segala keperluan dirinya'.

''Dia sendiri telah membeli set kelengkapan pengurusan jenazah. Semua kelengkapan itu termasuklah kain kafan disimpan molek dalam sebuah kotak,'' kata Musa kepada Ruhaidini.
Allahyarham Puan Sri Juriah Ahmad, yang pernah menjadi Pengerusi PERKEP meninggal dunia pada kira-kira pukul 10.17 malam di rumahnya.

Cerita Tan Sri Musa, beberapa minggu sebelum itu, isterinya seperti sudah tahu isyarat tanda-tanda kematian dari Allah swt apabila Puan Sri Juriah 'mempersiapkan segala keperluan dirinya'.

''Dia sendiri telah membeli set kelengkapan pengurusan jenazah.

''Semua kelengkapan itu termasuklah kain kafan disimpan molek dalam sebuah kotak,'' kata Tan Sri Musa.

Allahyarhamah sebelum ini, berpesan kepada pembantu rumah agar menggunakan segala kelengkapan itu sekiranya beliau meninggal dunia.

Al Fatihah buat Puan Sri Juriah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau di samping insan-insan yang dikasihi-Nya.

Musa berkata, isterinya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum ini.

"Saya baru lepas membawa isteri menjalani pemeriksaan kesihatan, semuanya ok tak ada masalah.

"Tetapi Selasa lalu, arwah tiba-tiba jatuh ketika hendak mengambil wuduk untuk menunaikan solat Zohor di rumah ini," katanya.


Musa dan beberapa ahli keluarga di sisi arwah isterinya malam tadi.
Tambah Musa, selepas dua hari menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pakar perubatan meminta kebenaran untuk melakukan pembedahan pada bahagian kepala.


Katanya, menurut pakar perubatan yang merawat isterinya, terdapat kesan darah beku pada otaknya membuatkan bahagian kepala membengkak.

"Bagaimanapun, kami sekeluarga membuat keputusan untuk tidak melakukan pembedahan yang berisiko itu

"Jadi kami membawa arwah pulang ke rumah sementara rawatan susulan dibuat," katanya.


Musa melayani kenalan yang menziarahi jenazah isterinya malam tadi.
Sementara itu, Musa berkata, jenazah Allahyarham isterinya akan dibawa ke Masjid Sultan Abdul Aziz, Seksyen 3, Petaling Jaya untuk dimandi dan dikafankan sebelum solat jenazah pada jam 8 pagi ini.

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara pada jam 10.30 pagi.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) ketika Musa memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 2006 hingga 2010.

Salam takziah buat Tan Sri Musa, anak-anak serta seluruh keluarga.
Kalau nak menziarahi jenazah Allahyarhamah, bolehla ke Masjid Sultan Abdul Aziz, Seksyen 3 PJ jam 8 pagi ini. Arwah dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara jam 10.30 pagi.

Al-Fatihah.
kredit :FB shahril Abd Kadir

Post a Comment

0 Comments