Jalan Banyak Lubang,Lelaki Tanam Pokok Pisang Tengah Jalan

Jalan Banyak Lubang,Lelaki Tanam Pokok Pisang Tengah Jalan


 Jalan Banyak Lubang,Lelaki Tanam Pokok Pisang Tengah Jalan

Geram dan bosan dengan keadaan jalan yang berlubang teruk, seorang lelaki di barat daya Florida mengambil keputusan untuk menanam pokok pisang dalam lubang tersebut, lapor NY Post.

Menurut portal itu, lelaki yang mempunyai premis perniagaan berhampiran jalan terbabit bertindak sedemikian untuk memberi amaran kepada orang ramai selepas berkali-kali mengisi lubang itu dengan simen.

Difahamkan, disebabkan jalan berkenaan merupakan jalan persendirian, ia tidak tertakluk di bawah tanggungjawab majlis daerah tempatan.

“Jika kami kena selenggara dan pastikan tiada siapa tercedera. Kami perlu letak sesuatu yang mudah dilihat supaya tiada yang jatuh ke dalam lubang itu,” katanya.

Tambah portal itu, kamera keselamatan di premis milik lelaki berkenaan telah merakam kerosakan yang berlaku pada kenderaan disebabkan kewujudan lubang tersebut.

Lantaran itu, beberapa penduduk setempat menyuarakan persetujuan atas tindakan lelaki berkenaan bagi mengelakkan kemalangan.

“Saya suka, ia lucu. Patut ada banyak lagi,” kata salah seorang yang bekerja berhampiran kawasan tersebut.

Post a Comment

0 Comments