Hana Pelik Jawapan PU ABU

Hana Pelik Jawapan PU ABU

Hana Pelik Jawapan PU ABU

KUALA LUMPUR - Isteri kepada pendakwah bebas yang dikenali sebagai PU Abu iaitu Hana Azraa musykil dengan jawapan yang diberikan suaminya itu berkenaan status rumah tangga mereka.

Hana atau nama sebenarnya, Nurhannah Azra Mohd. Zakir menerusi satu pesanan WhatsApp kepada Kosmo! berkata, lelaki itu sudah tahu situasi sekarang bagaimana.


"Saya tidak tahu kenapa jawapan dia begitu sedangkan dia tahu situasi kami macam mana.

"Maaf ya, saya tidak dapat ulas lebih terperinci lagi," jelas Hana ringkas.

Terdahulu, PU Abu atau nama lengkapnya, Muhammad Abu Sufyan berkata kepada Kosmo! Online bahawa hubungannya dengan isteri keduanya itu masih baik.

"Kami masih suami isteri. Saya dan dia (isteri) okey-okey sahaja," dedah PU Abu.

Hari ini, selepas dua bulan menceraikan isteri pertama, Ain ‘Afini Latif, PU Abu terus dibelenggu kontroversi apabila  Hana mendedahkan mereka sudah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi tinggal bersama.

Post a Comment

0 Comments