Bahagiakah Keluarga Selepas Fizo-Mawar Cerai?

Bahagiakah Keluarga Selepas Fizo-Mawar Cerai?

Bahagiakah Keluarga Selepas Fizo-Mawar Cerai?
HILANG keserasian menjadi alasan dan punca rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang dibina selama enam tahun gagal diselamatkan.
Menurut Mawar, 30, mereka sudah cuba memperbaiki rumah tangga itu namun terpaksa mengorbankan kasih sayangnya demi kebahagian bekas suami sekeluarga.
“Sudah tentu semua wanita sayangkan rumah tangga dan cuba sedaya upaya untuk selamatkan.
“Enam tahun tempoh perkahwinan ini, saya dan Fizo cuba (perbaiki hubungan) tapi saya reda. Mungkin sampai di sini sahaja saya cari keserasian dengan Fizo serta keluarganya.
“Saya korbankan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga,” kata Mawar kepada mStar.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Wan Maryam
Selain itu Mawar turut menafikan dakwaan kononnya rumah tangga mereka mula retak kerana harta, ego atau kehadiran pihak ketiga.
"Saya dah cuba nak selamatkan. Kalau orang nak cakap... ia bukan kerana ego atau harta. Pihak ketiga pun tak ada," katanya.
Kemelut rumah tangga Fizo dan Mawar menemui titik noktah apabila pelakon tersebut melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, pada 10.55 pagi, Rabu.
Mawar sebelum ini memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.
Hak penjagaan anak mereka iaitu Wan Maryam yang kini berusia dua tahun diberikan kepada Mawar.
Dalam pada itu, Fizo menganggap apa yang berlaku merupakan permulaan kehidupan dia dan bekas isterinya sebagai pasangan ibu bapa yang berpisah.
Menurut Fizo, tiada berlaku pergaduhan antara dia dan Mawar namun ia terjadi disebabkan atas ketentuanNya.

Post a Comment

0 Comments