FIZO OMAR DI MATA MAWAR KETIKA MENJADI SUAMI

FIZO OMAR DI MATA MAWAR KETIKA MENJADI SUAMI

FIZO OMAR DI MATA MAWAR KETIKA MENJADI SUAMI

DESAS-DESUS keretakan rumah tangga pelakon Fizo Omar dan isterinya Mawar, akhirnya terjawab apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, selaku defendan terhadap Mawar Abdul Karim, 30, sebagai plaintif melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.
Permohonan cerai itu dibuat Mawar mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

[VIDEO] Fizo, Mawar sah bercerai talak satu

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan cerai talak satu terhadap Mawar di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan pada pukul 10.55 pagi tadi.
[VIDEO] Fizo, Mawar sah bercerai talak satu. Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan cerai talak satu terhadap Mawar di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan pada pukul 10.55 pagi tadi.Klik https://bit.ly/2xGl5GW untuk berita penuh.Video oleh AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA
Posted by Kosmo Online on Tuesday, July 9, 2019
Suasana mahkamah bertukar sedih apabila Fizo dan Mawar saling bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri.
Che Abdullah kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Jabatan Agama Islam Selangor dan sijil nikah dibatalkan.
Terdahulu, ketika prosiding, Che Abdulllah bertanya adakah Fizo bersetuju untuk menceraikan isterinya dan pelakon itu menjawab dia bersetuju kerana sudah tiada keserasian serta persefahaman antara mereka sejak beberapa tahun lalu.
Difahamkan, perceraian itu berpunca daripada masalah keluarga dan bukannya orang ketiga.
Pasangan itu yang bernikah pada November 2013 dikurniakan cahaya mata bernama Wan Maryam berusia dua tahun.
Media sebelum ini melaporkan Fizo dalam satu kenyataan memberitahu dia belum bersedia untuk memperincikan kemelut rumah tangga apabila isterinya dilapor sudah mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan perkara itu.

FIZO OMAR DI MATA MAWAR KETIKA MENJADI SUAMI

Ketika ditemuramah wartawan, Mawar Kamaruddin meluahkan rasa sedih tetapi sedih dan beranggapan ini adalah ujian dan ini adalah takdir.
Wartawan bertanyakan tentang siapa Fizo ketika dia menjadi suami. Mawar menjawab, bekas suami beliau, Fizo Omar adalah seorang suami yang baik, ayah yang sangat baik dan juga anak yang baik.
Mawar tidak dapat mengulas panjang kerana takut disalah ertikan oleh masyarakat di luar sana. Mawar ada menjelaskan bahawa tiada penglibatan dari pihak ketiga yang membuat mereka ambil keputusan bercerai.
Video temuramah mereka.
Kemelut rumahtangga pelakon, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, dekat sini, sebentar.Berita penuh di https://bit.ly/2YJc3oD
Posted by Sinar Harian on Tuesday, July 9, 2019
Che Abdullah mensabitkan penceraian kali pertama dengan talak satu dan memerintah Mawar menjalani tempoh idah selama tiga bulan.Ibu bapa kepada Wan Maryam itu turut diperintah memfailkan penceraian.
Badai gelora rumahtangga pasangan itu berjaya dihidu oleh media apabila Fizo dan Mawar beraya berasingan di kampung masing-masing.Fizo, 34, dan Mawar, 30, mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Wan Maryam
Sumber : HMETRO ONLINE / SINAR HARIAN

Post a Comment

0 Comments