Gelombang panas telah menyebabkan beberapa kebakaran berlaku di seluruh kawasan Neta nyahu, Isra el. Penduduk di kawasan sekitar masih dalam keadaan yang berjaga-jaga selepas kebakaran hutan akibat cuaca yang kering dan lebih 20 kebakaran dicatat di negara tersebut.
Puluhan rumah dicatatkan terbakar dan sekurang-kurangnya 3, 500 orang dipindahkan dari rumah mereka pada hari Khamis lalu di beberapa tempat termasuklah Mevo Mo diim, Gim zo, Kfar Da niel, Shi lat Dan Neot Ke dumin. Bagaimanpun, hanya kece deraan ringan sahaja dilaporkan dan telah dirawat setelah menyedut asap yang terlalu banyak.
KEJADIAN AKAN MENJADI SEMAKIN BURUK DALAM BEBERAPA HARI
Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan, memberi amaran kepada Is rael kerana berkemungkinan keadaan akan lebih buruk untuk beberapa hari. Suhu telah mencapai 40 darjah celsius di beberapa tempat dan angin kencang.
Is rael telah meminta bantuan memadamkan kebakaran daripada beberapa buah negara berdekatan seperti Rusia, Croatia, Cyprus, Greece dan Italimenghantar beberapa pesawat pemadam kebakaran, sementara Mesirmenghantar dua helikopter.
TUTUP SEMUA JALAN KECUALI JALAN UTAMA
Polis telah menutup jalan 443 untuk beberapa jam dan tinggal satu laluan utama yang menyambung Baitulmuqaddis dan Tel Aviv dan menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga larut malam.
Sehubungan dengan itu, pihak bomba melarang untuk aktiviti membakaran secara terbuka sehingga diumumkan semula.
Laporan Dari Berita Antarabangsa
Sumber : The Jerusalem Post
1 Comments