Sempena Sambutan Hari Jadi Penyanyi Lagenda, Google Beri Penghormatan Khas Kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Sempena Sambutan Hari Jadi Penyanyi Lagenda, Google Beri Penghormatan Khas Kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Sempena Sambutan Hari Jadi Penyanyi Lagenda, Google Beri Penghormatan Khas Kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad:






Sempena Sambutan Hari Jadi Penyanyi Lagenda, Google Beri Penghormatan Khas Kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad


Sempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang jatuh pada tanggal 25 Mei hari ini, Google telah memberikan penghormatan ke atas permata seni tanah air yang tersohor suatu ketika dulu itu dengan memaparkan imej utama bagi laman carian tersebut.

Apabila anak panah tetikus diletakkan pada imej utama laman carian Google tersebut, akan tertera kapsyen “Sudirman Arshad’s 65th Birthday”. Malah, jika anda menekan imej tersebut, anda akan dihalakan kepada paparan maklumat penyanyi lagenda tanah air tersebut.

Allahyarham yang berasal dari Temerloh, Pahang itu telah dilahirkan pada tahun 1954. Pada awalnya beliau bekerja sebagai wartawan dan peguam sebelum beliau menjadi salah seorang daripada karyawan seni tanah air yang paling banyak membuat persembahan di sekitar Asia.

Kerjaya nyanyiannya bermula selepas beliau memenangi sebuah pertandingan nyanyian yang bernama Bintang Radio Television Malaysia. Lagu-lagu yang didendangkannya itu berjaya mengungguli carta di Malaysia, Singapura, Brunei, serta Indonesia.

Konsert

Pada 15 April 1986, beliau telah mengadakan sebuah konsert yang diadakan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Konsert yang bersejarah tersebut berjaya menarik lebih 100,000 orang yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India untuk hadir menyaksikan persembahannya itu.

Pencapaian tertinggi dalam kerjanya adalah apabila beliau memenangi anugerah Asian Popular Music Awards yang dilangsungkan di London Royal Albert Hall pada tahun 1989. Beliau turut dijemput untuk mendendangkan beberapa buah lagu di anugerah tersebut.

Persembahan tersebut telah menjadi batu loncatan buat kerjayanya sebagai penyanyi untuk dikenali di peringkat antarabangsa.

Dengan jumlah 14 album yang telah dikeluarkan olehnya, Allahyarham Sudirman telah dianugerahkan dengan Anugerah Industri Muzik yang juga merupakan anugerah paling tinggi di Malaysia.

Berikutan dengan kejayaannya itu, sebuah jalan telah dinamakan sempena dengan namanya yang terletak di kampung halamannya.

Selamat Hari Lahir, Sudirman Haji Arshad!

Sumber: Google


Post a Comment

0 Comments