Menyesal Kahwin Dengan Ally Iskandar? Ini Jawapan Farah Lee

Menyesal Kahwin Dengan Ally Iskandar? Ini Jawapan Farah Lee

Menyesal Kahwin Dengan Ally Iskandar? Ini Jawapan Farah Lee

Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee akui tidak pernah menyesal berkahwin sebelum ini walaupun perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama.

Farah memberitahu Ally seorang bapa yang baik dan bertangungjawab kepada anak mereka, Maream Esabell, 4, sehingga kini.

Malah Farah gembira hubungan mereka masih baik walaupun sudah berpisah kerana lebih selesa berkawan.

“Q: Pernah tak menyesal kahwin dengan daddy Maream.?

A: Gila menyesal.? Sampai la ni daddy belanja omma kasut. Omma doakan daddy kawen dengan #ommabaru yang tak kesah daddy belanja omma AJ sampai ke tua.. Kalau dia kesah, omma doakan daddy tak kawen2. Hahahahahaha

“Gurau je okay daddy.? Hehe.. Maream untung ada daddy yang was and still very responsible towards omma and Maream.. Daddy velanja omma AJ Concord upah jaga Maream katanya. Semoga selalulah dapat upah. Paling kurang sampai Maream umur 18 okay @allyiskandarrasmi.?

“Anyway, tak perlulah doakan omma dan daddy berbaik balik. Guess we’re better friends like this. Macam korang, takkan korang kawen dengan semua kawan lelaki yang korang ada khennn.? Mentang2 baik Muahahaha.. Begitulah. Harap fahamlah. Kalau nak doa jugak, doalah dalam hati, bukan dalam komen di bawah ini kbai ,” tulisnya.

Rata-rata mendoakan agar Farah dipertemukan jodoh segera supaya Maream menerima kasih sayang seorang ayah.

Ally dan Farah bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 4.

                

Sumber : gempakk

Post a Comment

0 Comments