Bapa Risau,Meghan Makin Biadap

Bapa Risau,Meghan Makin Biadap

Bapa Risau,meghan Makin Biadap

BAPA Meghan mendedahkan dia risau dengan sikap suka 'mendesak' anaknya itu akan memakan dirinya sendiri.

Thomas Markle mengakui The Duchess Of Sussex itu sentiasa mendesak dan seperti suka 'mengelak peraturan', dan mendakwa dia tidak lagi kenal wanita yang selalu berada dalam berita akhir-akhir ini.

Meghan yang dipercayai dingin dengan Kate Middleton, ketika khabar angin mengatakan dia agak sukar bekerjasama selepas beberapa orang stafnya berhenti kerja.

Markle,74, memberitahu dia bimbang jika situasi itu akan melukakan hati anaknya..

Sejak akhir-akhir ini, berita negatif mengenai anaknya itu sentiasa di dada akhbar berikutan perangainya dan membuatkan ramai pekerja di bawahnya berhenti kerja.

Mereka dikatakan tidak tahan dengan sikap 'demand' Meghan.

"Saya tidak mengenalinya lagi. Meghan yang saya kenal seorang yang baik hati, pemurah. Dia memang suka mendesak tetapi tidak pernah biadap.

"Saya tidak mahu bercakap atau berkata sesuatu yang boleh melukakan hati anak saya, tetapi risau dia akan melukakan hatinya sendiri," jelasnya.

Markle yang sudah bersara sebagai pengarah pencahayaan di Hollywood memberitahu, hubungan dengan anaknya sangat 'dingin' selepas Meghan bertemu Putera Harry .

Tambah Markle, sejak kecil lagi dia diajar untuk untuk menghormati orang lain.

"Meghan membesar di set. Saya mengajarnya supaya menghormati semua krew. Mereka akan membuatkan anda kelihatan baik atau dahsyat. Saya tidak berpura-pura tidak tahu keadaan dia sekarang.

"Dia boleh halang peraturan. Dia memang biasa dengan itu. Tetapi sekarang dia ada sikap baharu.

"Dia tidak pernah biadap dengan saya sebelum ini. Saya tidak percaya akan dilayan sebegini keras olehnya," jelasnya.

Namun Markle berharap dia dapat kembali bertemu dengan anaknya dan menegaskan hubungan dengan Meghan tidak boleh dipisahkan. -Mirror.co.uk

Post a Comment

0 Comments