Dua gambar kad jemputan perkahwinan yang dikatakan milik anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dan pasangannya tular di media sosial sebaik berita mengenai kematian Allahyarham di Institut Jantung Negara diketahui umum.
Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan kad-kad tersebut namun ia tetap mengundang kesedihan di kalangan netizen.
Umum mengetahui, majlis perkahwinan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya itu sepatutnya dilangsungkan pada Sabtu ini bersama tunangnya Nurul Najihah Mohd. Radzi, 25, di Alor Setar, Kedah.
Muhammad Adib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 9.41 malam semalam selepas tiga minggu mendapatkan rawatan.
0 Comments