Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang, Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah
Baginda yang dimasyhurkannya sebagai Sultan Pahang keenam berkuat kuasa semalam mengenakan jubah berwarna hijau dan kopiah putih.
Selesai solat subuh, Sultan Abdullah turut menyertai Talaqqi al-Quran bersama jemaah masjid itu.
Jemaah mengambil kesempatan bersalaman dan beramah mesra sambil mengucapkan tahniah kepada Sultan Abdullah di atas pemasyuhrannya sebagai Sultan Pahang.
Mereka turut melaungkan ‘Daulat Tuanku’ sebelum baginda meninggalkan masjid.
Baginda kemudiannya berkenan bersarapan di Restoran D’Wafi, Taman Mahkota Putra, Kuantan yang lazim dilawatinya selepas solat subuh.
Di restoran itu, Sultan Abdullah mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan orang ramai dan bertanya khabar.
Sementara itu, Imam Besar 1 Masjid Imam Ash-Shafie, Izalludin Mat Nor, 53, berkata sudah menjadi rutin buat Sultan Abdullah menunaikan solat subuh di masjid itu sejak ia dibuka.
“ Memang tuanku biasa ke sini solat subuh berjemaah, kadang-kadang bersama Tengku Puan Pahang (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah)… tuanku membaca dua muka surat al Quran selepas itu dan tarawih (pada Ramadan).
“ Kami di Kota SAS rasa seronok dan saya sebut kepada tuanku yang kehadirannya menjadi sumber inspirasi kepada penduduk menyebabkan semakin ramai jemaah datang ke masjid untuk solat Subuh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang juga pengkaji institusi monarki, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain turut menyentuh keperibadian Sultan Abdulah.
Menyentuh ketokohan Sultan Pahang yang baru ditabalkan itu, Wan Nazrul Helmy berkata, baginda adalah waris ganti Raja pemerintah yang paling ‘senior’ di Malaysia kerana sudah dilantik sebagai Tengku Mahkota selama 44 tahun sejak 1975 ketika baginda berusia 16 tahun.
“Pengalaman inilah yang membentuk sahsiah peribadi Tengku Abdullah dan dilihat seorang pewaris yang amat berwibawa. Baginda banyak mewarisi sifat ayahanda baginda yang rendah diri, prihatin dan dekat dengan rakyat.
“Ini dapat disaksikan sendiri oleh rakyat apabila berlaku musibah terutamanya banjir, baginda adalah antara orang yang terawal turun padang mencemar duli bertanya khabar dan menghulur bantuan kepada mangsa menyebabkan rakyat Pahang amat menyayangi baginda,” katanya.
Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) turut mementingkan aspek keagamaan dan sentiasa menasihatkan umat Islam mengimarahkan masjid dengan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan untuk faedah dunia dan akhirat.
Di bawah kepemimpinannya dan naungan Sultan Ahmad Shah di sebagai Sultan Pahang, MUIP bersama kerajaan Pahang berjaya menyumbang kepada perkembangan ekonomi, kebajikan umat Islam serta mengembangkan syiar Islam di negeri ini.
Baginda juga sentiasa menekankan kepentingan rakyat pelbagai kaum negeri ini supaya sentiasa hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.
Selain itu, Tengku Abdullah turut menitikberatkan aspek integriti di kalangan penjawat awam dan mahu mereka mengelakkan daripada terbabit dengan salah guna kuasa seperti ditegaskannya ketika mengulas kewujudan kegiatan perlombongan bauksit walaupun dalam tempoh moratorium seperti didedahkan media pada Ogos 2017.
Malah, baginda turut menyatakan kekecewaannya terhadap pembabitan penjawat awam dalam perlombongan haram bauksit..
“ Cuba ingat anak cucu. Tindakan itu (menerima rasuah) akan memberi kesan kepada keluarga,” titahnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
0 Comments