Penduduk Resah Di Ganggu Ketukan Pintu Tanpa Salam

Penduduk Resah Di Ganggu Ketukan Pintu Tanpa Salam

Penduduk Resah Di Ganggu Ketukan Pintu Tanpa Salam

KAMPONG GAJAH – Lebih 500 penduduk kampung gempar apabila mereka sering diganggu dengan ketukan pintu tanpa salam sejak beberapa hari lalu.

Keadaan itu berlarutan hingga melibatkan Kampung Sungai Galah, Kampung Makmur, Perkampungan Tersusun A A Tin dan Kampung Batu 31.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, apabila pintu rumah di ketuk tengah malam dia menyangka perbuatan itu dilakukan budak nakal atau cubaan samun oleh penjenayah.



“Setiap malam ada saja pintu rumah penduduk diketuk. Bukan ketuk sikit tetapi kuat macam nak roboh pintu.

“Apabila dibuka, tengah ketuk itu, tiada siapa-siapa pun di depan rumah. Ia menyebabkan kami semua terutama suri rumah berasa takut,” katanya keka dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, susulan itu, Majlis Pengurusan Komuni Kampung bertindak menubuhkan sukarelawan untuk jalankan rondaan bermula jam 11 malam hingga Subuh.

“Rondaan dijalankan untuk mengenal pasti apakah yang mengganggu penduduk. Kami dah rasa ia bukan perbuatan manusia apabila kami terima aduan rumah penduduk melibatkan beberapa kampung lain diketuk dalam tempoh sejam.

“Mustahil perbuatan itu dapat dilakukan oleh orang biasa. Pernah kami kepung kawasan tiba-tiba ia hilang tanpa dapat dikesan,” katanya. Ahmad berkata, penduduk dapatkan rawatan alternatif dan ia telah merasuk seorang wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumah malam semalam.

“Perbuatanti tidak bermoral itu terbongkar ketika wanita itu meracau dan ‘benda’ itu berjanji tidak akan mengganggu penduduk lagi.

“Kita lihat sejauh mana perkara ini berlaku. Kami akan bersedia lagi malam ini untuk lihat perkembangan seterusnya,” katanya.

Terdahulu satu mesej melalui WhatsApp tular difahamkan daripada MPKK meminta penduduk berhati-hati dan berwaspada jika mendengar pintu mereka diketuk serta tidak membuka pintu jika ada mendengar sesiapa memberi salam.

Sementara itu, Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut.

“Bagaimanapun, MPKK dan penduduk dinasihatkan supaya membuat laporan polis kerana bimbang ia perbuatan daripada individu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurut laporan sinar harian ketukan misteri ituasih lagi berterusan namun semakin berkurangan setelah penduduk kampung membuat rondaan sehingga ke subuh.

Kejadian misteri itu masih berlaku apabila lapan rumah penduduk telah menerima tetamu tidak diundang itu, awal pagi hari ini.

Penduduk, M Razali, 50, berkata, aduan diterima melibatkan Kampung Batu 31 dan Kampung Sungai Galah sahaja.

“Kami bersama 30 pemuda kampung lain memang sudah bersiap untuk jalankan rondaan sehinggalah mendapat mesej ada rumah kena ketuk.

“Bergegas kami ke sana tetapi macam biasa, tiada apa-apa penampakan. Rondaan dijalankan sehingga jam 5 pagi tadi sebelum azan Subuh,” katanya.

Menurutnya, gangguan ketukan pintu itu tidaklah galak seperti yang berlaku beberapa hari lalu.

“Malam sebelumnya melibat puluhan rumah dalam tempoh beberapa jam tapi pagi tadi agak kurang. Ada juga kampung tidak kena seperti Kampung A A Tin.

“Kami ingatkan selepas kejadian rasuk itu, tiada berlaku lagi rupanya masih ada.

“Bagaimanapun, kami tetap jalankan rondaan seperti biasa sehinggalah ada alternatif lain yang dapat membantu agar kampung kami dapat pulih,” katanya.

Post a Comment

0 Comments