SELEPAS pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bakal ditabalkan sebagai Sultan Pahang Ke-6 pada Selasa, kemunculan adinda baginda Tengku Fahd Mua’adzam pada sidang media khas di Istana Abu Bakar, Sabtu lalu mencuri tumpuan netizen.
Pengguna media sosial tertarik dengan ketampanan Tengku Arif Temenggong Pahang yang merupakan putera kepada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Sultanah Kalsom Abdullah itu.
Tengku Fahd (tengah) merupakan adinda kepada Tengku Abdullah (kiri) dan Tengku Abdul Rahman Al-Haj (kanan).
Gambar Tengku Fahd yang dimuat naik oleh seorang pelayar Twitter pada Sabtu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
“Berikutan Tengku Abdullah yang dimasyurkan sebagai Sultan Pahang, aku baru menyedari kewujudan Tengku Fahd.
“Tak keterlaluan kalau aku menggelarkan dia ‘Pa-hunk’ (lelaki yang sangat tampan). I mean…,” tulisnya.
Setakat ini, posting tersebut meraih lebih 700 ulang kicau dan hampir 1,000 tanda suka.
Pemilik akaun itu turut menambah ulasan pada bebenang di Twitter tersebut bahawa kekacakan Tengku Fahd telah membuatkannya ‘tergugat’.
Antara komen netizen yang mengagumi ketampanan rupa paras Tengku Fahd. - Twitter
“Low key (tidak menonjol) sangat sampai I baru kenal? He’s so beautiful, I feel threatened (Baginda amat tampan, saya berasa tergugat),” ujarnya.
Pasti sudah ada antara anda yang tercari-cari akaun Instagram putera diraja itu untuk melihat lebih dekat kehidupan adinda Sultan Pahang Ke-6 ini, namun menurut maklumat yang dikongsikan oleh netizen, Tengku Fahd menetapkan akaun Instagramnya pada tetapan peribadi.
Tengku Fahd (kiri) ketika terlibat dalam program Saset Tanam Semula Pokok pada September tahun lalu. - Foto Twitter @jedi_bera
Memetik laporan The Star pada 2015, Tengku Fahd merupakan pengasas bersama Tabung Amanah Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah dengan bondanya Sultanah Kalsom dan juga merupakan pengerusi di TAT Alliance Services Sdn Bhd.
0 Comments