Keperibadian Mangsa Bunuh Siti Kharina Seperti Yang Di Ceritakan

loading...
Loading...
Keperibadian Mangsa Bunuh Siti Kharina Seperti Yang Di Ceritakan



Siti Kharina dipercayai mati di bunuh dengan kesan kelar pada leher, dada dan kepala sewaktu ditemui dirumah sewanya di Kondominium Third Avenue, Cyberjaya pada 15 Mei lalu. Foto oleh Mohd Shaharani

CYBERJAYA - Penghuni di kawasan kondominium di sini yang Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin ditemui mati menyifatkan beliau seorang yang peramah dan pemurah.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, Allahyarhamah Siti Kharina yang menyewa sebuah unit di kondominium itu, selalu dilihat mesra dan menyapa penghuni lain.

"Selalu nampak dia tegur-tegur orang di sini, dengan pengawal keselamatan pun dia baik,” katanya yang mula nampak Siti Kharina menetap di kondominium berkenaan pada awal tahun ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk berkata, beliau sering dilihat memberi makanan kepada pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

Siti Kharina, 40, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas.

Beliau ditemui mati dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya.


Mayat wanita itu ditemui pemilik rumah berkenaan pada Rabu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

JENAZAH Ketua Jururawat Hospital Serdang, Allahyarham Siti Kharina Mohd Kamaruddin, 40, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti, Kuala Pilah, malam ini.

Kira-kira 100 ahli keluarga, kenalan dan sahabat handai hadir memberikan penghormatan terakhir pada 9 malam ini.

Suasana di tanah perkuburan itu penuh syahdu apabila ahli keluarga meratapi pemergian arwah yang mati dibunuh di sebuah rumah di Cyberjaya.

Paling terkesan adalah suaminya, Mohd Udzir Khalid, 40, dan tiga anak perempuan, Khairin Uzma, 14 dan anak kembar, Khairin Daima Hana serta Khairin Damia Hasya yang berusia 10 tahun.

Portal Harian Metro sebelum ini melaporkan, Siti Kharini dilihat kali terakhir berada di tempat letak kereta di Hospital Serdang sebelum dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu.

Semalam, mayat Siti Kharini ditemui di sebuah rumah di Cyberjaya oleh pemilik kediaman itu pada 2.30 petang.

Susulan itu, polis sudah menahan menahan lelaki Nigeria, lelaki Pakistan dan wanita Afrika yang berusia antara 30 hingga 38 tahun di Cheras Sentral, hari ini dan semalam.

”Yang Tinggal Hanya Kenangan Bersama Arwah..” Air Mata Suami Siti Kharina Buat Netizen Sebak


Jenazah Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti, Kuala Pilah pada 9 malam tadi.
Suasana sayu menyelubungi ahli keluarga dan rakan-rakan tatkala jenazah Siti Kharina dibawa ke dalam rumah untuk tatapan terakhir insan tersayang di kampung halamannya di Kampung Tengah pada 6.15 petang.
Lebih menghibakan, apabila suami arwah, Mohd Udzair Khalid dilihat tidak dapat menahan air mata menyambut kepulangan jenazah isteri yang tercinta. Dia yang dipimpin untuk melangkah, kelihatan memeluk erat ahli keluarga dan rakan-rakan.



Gambar : Bernama
Gambar : Bernama
Gambar : Bernama
Gambar : Bernama
Gambar : Bernama

Pengguna laman sosial yang bersimpati dengan nasib yang menimpa arwah meminta suaminya untuk tabah dan menerima ujian ini dengan berlapang dada.
”Moga Allah kurniakan syahid untuk isteri tercinta abang.
”Moga tabah hadapi kehilangan insan tercinta, yang tinggal hanya kenangan bersama arwah.
”Pilunya hati melihat dan sebak tersekat-sekat nafas seolah-olah terasa hentaman di kepala.
”Kasihannya raya tanpa seorang ibu, tidak boleh digambarkan kesedihan.’
Terdahulu, pihak polis menemui jasad Kharina yang dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu di sebuah unit kondominium di Cyberjaya.
Arwah yang ditemui bersama kesan kelar di bahagian dada dan leher dipercayai telah dibunuh antara empat hingga lima hari lalu sebelum mayatnya ditemui.

Moga Allah kurniakan syahid untuk isteri tercinta abang

Apa yang tinggal hanya kenangan..

Anak-anak raya tanpa seorang ibu

Nampak tenang wajah anak-anaknya

Saya pun seorang jururawat

Semoga keluarga tabah menghadapi ujian ini

Post a Comment

0 Comments