Peminat Dakwa Jumpa ‘Hotel Del Luna’ Sebenar Di Malaysia

Peminat Dakwa Jumpa ‘Hotel Del Luna’ Sebenar Di Malaysia

Peminat Dakwa Jumpa ‘Hotel Del Luna’ Sebenar Di Malaysia
Drama
Hotel Del Luna merupakan drama Korea yang baru sahaja tamat semalam dan trending di Twitter berikutan episod akhirnya yang tampil dengan pelbagai kejutan.
Bagi yang mengikuti drama ini, filem ini mengisahkan tentang Jang Man Wol yang merupakan pemilik Hotel Del Luna dan dia telah melakukan kesalahan besar pada masa lalu dan terikat dengan hotel tersebut.

Props to the editing team of because they really made these amazing edits with the cinematography 🙌🏻😲

I wish there’s a real hotel like this for the dead 🤣



View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter








Hotel Del Luna merupakan hotel yang kelihatan biasa dimata manusia tetapi sebuah hotel mewah untuk hantu. Jika anda tidak pernah menonton drama ini, anda bolehlah menonton ia kerana anda akan terhibur.
Lantaran itu, ada pengguna Twitter yang mengatakan bahawa Hotel De Luna kini sudah ‘berpindah’ dan berada di Malaysia. Malah, boleh dikatakan rata-rata netizen turut mula bergurau mengatakan jika hotel tersebut dibuka, mereka ingin menjadi pengurus di situ.

Nak apply jdi manager kena ada kelulusan dari Harvad tak ? 😂😂 .
Selain itu, rata-rata netizen juga berharap dapat berjumpa dengan Jang Man Wol di situ. Nampaknya drama Hotel Del Luna ini betul-betul disukai ramai orang, mungkin disebabkan oleh plot ceritanya yang tidak masuk akal dan menarik. Pasti ini merupakan satu promosi yang baik juga untuk Hotel De Luna yang bakal dibuka di Kuala Lumpur ini.

Setelah hotel ini dibuka, adakah anda akan pergi untuk menginap di sana? 

Post a Comment

0 Comments