Menerusi laman Facebook Story Angkatan Tentera Malaysia, anak kepada pelakon veteran, AR Badul meninggal dunia semasa melakukan demonstrasi akibat terkena tembakan raifal.
Mejar Mohd. Zahir Armaya,36, dipercayai meninggal dunia akibat tertembak semasa latihan di Sabah , pukul 9.20 pagi.
“Mej zahir (anak badul) meninggal semasa buat demo kt sabah pagi ni.. sama2 kite sedekahkan Al-Fatihah kpd sesiapa yg mengenali arwah… Bju kalis peluru tembus ms buat face to face..
“Utk mklmt Peg 11 Rgk, Mej Zahir b Armaya baru shj mnghembuskn nafas di Hospital Queen Elezbeth Kota Kinabalu pd 0920 pg td sempena Paluan Berundur Mk Bgd ke 5 Infantri di Kem Lok Kawi. Mohon semua unit di bwh naungan 21 GGK menurunkan bendera GGK separuh tiang. Sama2 kita doakn semoga arwah ditempatkn di dlm golongan yg beriman,” kongsi laman Facebook tersebut.
*Laporan Pegawai Terlibat Dengan Kemalangan Dalam Latihan*1. No, Pkt, Nama : Mejar Mohd Zahir bin Armaya (3009490)2….
Posted by Story Angkatan Tentera Malaysia on Tuesday, 3 September 2019
*Laporan Pegawai Terlibat Dengan Kemalangan Dalam Latihan*1. No, Pkt, Nama : Mejar Mohd Zahir bin Armaya (3009490)2….
Posted by Story Angkatan Tentera Malaysia on Tuesday, 3 September 2019
Allahyarham Mejar Mohd. Zahir yang telah berkeluarga merupakan pegawai di pasukan 11 Rejimen Gerak Khas.
Foto : Facebook Story Angkatan Tentera Malaysia
Menerusi mesej tular tersebut juga meminta semua unit di bawah naungan 21 Grup Gerak Khas Komando (GGK) menurunkan bendera separuh tiang. Allahyarham merupakan anggota yang berpengalaman dalam melakukan demonstrasi keupayaan dan video demontrasi tersebut pernah tular di media sosial sebelum ini.
Ibu saudara Allahyarham Mejar Zahir, Hajjah AR Romsia ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut: "Maaf, saya baru mendapat khabar duka ini. Semoga Allahyarham anak saudara saya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
"Masih terkejut dengan berita ini dan tidak boleh nak komen banyak. Cuma saya kesal apabila video ketika insiden tular. Harap semua dapat hentikan penularan video, jagalah hati keluarga Allahyarham dan kami semua," katanya.
Allahyarham Mejar Mohd. Zahir yang telah berkeluarga merupakan pegawai di pasukan 11 Rejimen Gerak Khas. Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dan akan disolatkan di masjid yang sama.
Sementara itu, AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 70, ketika dihubungi berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu sekitar jam 11 pagi hari ini: "Saya reda dan terima ujian Allah ini. Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan".
Badul berkata, dia faham dengan tugas anggota komando yang berdepan risiko nyawa tetapi insiden kematian Mohd Zahir terjadi ketika dia sedang menjalani latihan. Badul memiliki enam anak dan Mohd Zahir adalah anak sulung daripada dua beradik hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya yang berasal dari Sabah. Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan seorang anak termasuk dua anak daripada perkahwinan terdahulunya.
0 Comments