Rihana Oksana Minta Alamat Istana, Mahu Jumpa Bonda Sultan

Rihana Oksana Minta Alamat Istana, Mahu Jumpa Bonda Sultan

Rihana Oksana Minta Alamat Istana, Mahu Jumpa Bonda Sultan

Nampaknya isu mengenai status rumah tangga Rihana Oksana masih belum berkesudahan lagi meskipun sebelum ini peguam Sultan Kelantan mengesahkan sudah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak peguam Rihana.
Baru-baru ini, bekas Ratu Cantik Rusia itu ada memuat naik kenyataan di Instagram mendakwa mahu menceritakan perkara sebenar yang berlaku mengenai rumah tangganya.
Kenyataan Rihana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, malah ada yang mencabarnya untuk mendedahkan perkara sebenar.
Namun apa yang menjadi perhatian di ruangan komen entri tersebut, Rihana dilihat meminta alamat Istana Kelantan untuk bertemu dengan Bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis.
Bagaimanapun, pertanyaan Rihana itu dibalas dengan nada sindiran oleh netizen yang mengatakan  alamat Istana boleh dicari melalui Google sahaja dan tidak perlu bertanyakan kepada netizen.
Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa muak dengan kisah rumah tangga mereka, malah ada yang mendakwa Rihana seolah ‘gila talak’.
Terdahulu, Rihana terkilan dengan dakwaan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang menafikan statusnya sebagai bapa kepada anak mereka mencabar baginda melakukan ujian DNA terhadap bayi berkenaan.

Post a Comment

0 Comments