Gaduh Sampai Kemuncak....Baby Shima & Aliff Syukri hampir bertumbuk dalam majlis

Gaduh Sampai Kemuncak....Baby Shima & Aliff Syukri hampir bertumbuk dalam majlis

Gaduh Sampai Kemuncak....Baby Shima & Aliff Syukri hampir bertumbuk dalam majlis

Perseteruan antara usahawan terkenal Dato Aliff Syukri dan penyanyi Baby Shima nampak sudah semakin memuncak. Bermula dengan sindir menyindir, dua figura ini masing-masing tidak mahu mengaku kalah.
Terbaru, kedua-dua mereka ini telah bergaduh sehingga naik tangan, di dalam majlis pelancaran dan sidang media single terbaru usahawan tersebut iaitu ‘Cowok Baru’.

Kau saja kan nak malukan aku Dato!

Menerusi muat naik video yang dikongsikan oleh Baby Shima, memaparkan berlaku kekecohan sehingga kedua mereka bertengkar dan menjerit di antara satu sama lain.
Menurut Shima, dia telah diundang ke majlis pelancaran tersebut oleh pihak Dato Aliff, pada mulanya penyanyi itu tidak mahu menghadirinya namun selepas dinasihatkan oleh pihak pengurusan untuk pergi, dia turuti juga.

Dijemput tapi tak bagi masuk…

Tapi setelah sampai ke majlis tersebut, Baby Shima berasa kecewa kerana tidak dibenarkan masuk sedangkan dia sudah mendapat jemputan, dan kerana itulah pergaduhan mula tercetus.

Saya sedih fizikal dihina semata-mata nak naikkan lagu

Sementara itu, penyanyi Upiak Isil yang juga duet dalam lagu Cowok turut meluahkan rasa terkilan dengan apa yang berlaku kepada Baby Shima.

Malah, dia juga kurang senang dengan sikap usahawan tersebut membuatkan dia tidak datang ke majlis pelancaran itu. Jelasnya, dia berasa kecil hati berkaitan isu fizikalnya dihina, semata-mata mahu menaikkan lagu tersebut.
Tidak dapat dipastikan sama ada pergaduhan itu hanya satu gimik atau tidak. Namun, rata-rata netizen di ruangan komen telah memberi kata-kata semangat buat Baby Shima.
Sumber: Baby Shima & Upiak 

Post a Comment

0 Comments