Selesai Solat Lelaki Menggigil Lihat Sejadah Berdiri Sendiri Sehingga Paras Lutut, Disangka tuala rupa-rupanya sejadah berdiri

Selesai Solat Lelaki Menggigil Lihat Sejadah Berdiri Sendiri Sehingga Paras Lutut, Disangka tuala rupa-rupanya sejadah berdiri

Selesai Solat Lelaki Terkejut Lihat Sejadah Berdiri Sendiri Sehingga Paras Lutut, Disangka tuala rupa-rupanya sejadah berdiri:



Kejadian pelik sejadah ‘berdiri’ bukan perkara baharu dalam kalangan masyarakat kita malah terdapat beberapa kejadian aneh itu pernah dilaporkan tanpa mengetahui punca ia berlaku.

Sejadah tiba-tiba berdiri sendiri tanpa sesiapa pun yang mengusiknya sehingga ada yang mampu berdiri hampir 32 jam sudah cukup mendebarkan. Apatah lagi ia berlaku dalam rumah sendiri membuatkan penghuninya berada dalam keadaan tidak tenteram.

Sebelum ini pernah dilaporkan, seorang wanita bersama dua anaknya ingin menunaikan solat terkejut apabila sejadah yang dibentang tiba-tiba berdiri sehingga paras lutut.

Dalam kejadian yang berlaku di Pulau Pinang itu, dikatakan sejadah itu apabila disentuh, ia keras seperti kertas surih namun apabila ditolak sekuatnya ia jatuh


semula ke lantai.

Pernah membaca mengenai kisah tersebut, seorang pemuda iaitu Zul Abrar Hakim memberitahu dia tidak menyangka kejadian serupa menimpa dirinya ketika selesai menunaikan solat.



” Saya ingat lagi dulu pernah tengok berita kejadian sejadah berdiri di TV. Tapi tak sangka pula kejadian serupa terjadi pada diri sendiri.

” Ketika itu waktu Maghrib, saya solat berjemaah dengan Umi, Abah dan abang, kemudian selepas solat itulah tiba-tiba ia berlaku,” katanya.

Cerita Zul, sebelum kejadian mereka sekeluarga yang tinggal di Kuala Lumpur sedang membaca surah Yasin sebelum dia tiba-tiba mengalihkan pandangannya ke pintu bilik abangnya yang bertentangan dengan tempat mereka solat.

Katanya, ketika itu pintu bilik tersebut separuh terbuka dan lampu tertutup namun dia tiba-tiba terlihat kelibat putih di atas lantai.

” Tapi sebab nak habiskan baca Yasin terlebih dahulu, saya diamkan sahaja dan pandang ke bawah tetapi saya tidak boleh fokus dan tetap mengintai kelibat yang saya nampak tadi.

” Dalam hati saya beritahu mungkin tiada apa-apa hanya tuala yang abang campak ke lantai,” ceritanya.

Disangka tuala rupa-rupanya sejadah berdiri

Tidak mengendahkan apa yang dilihatnya, Zul memberitahu mereka sekeluarga meneruskan bacaan surah Yasin sehingga selesai solat Isyak dan ketika itulah dia memberitahu keluarganya mengenai apa dilihatnya.

Walaupun masing-masing terkejut dengan apa dikatakannya namun mereka memberanikan diri masuk ke bilik tersebut untuk melihat apa yang berada di lantai seperti mana dilihat oleh Zul.

” Kami empat beranak berdiri depan pintu dan terus buka lampu dan kipas. Nah! Terpacak sejadah sebiji macam mana dalam gambar yang pernah saya lihat.

” Semua terkejut… saya pula menggigil sebab pernah baca tentang kejadian serupa dan kali ini ia berlaku di depan mata saya,” ujarnya.


Cerita Zul lagi, dia bertambah takut apabila bapanya memberanikan diri dengan cuba memegang sejadah itu namun ia tidak bergerak seolah-olah keras di situ.

” Kebetulan ayah ada kursus pada keesokan harinya… takut punya pasal kami semua balik ke kampung sementara tunggu ayah pulang kerana tidak berani berada di rumah.

” Paling seram apabila kami semua pulang dari kampung, abang terus masuk ke biliknya dan menemui sejadah sama masih mengeras di tempat sama seperti tiga hari lalu, ketika kami meninggalkan rumah.

” Ayah terus pergi berjumpa Imam di masjid untuk menceritakan hal itu dan beliau meminta ayah membaca beberapa ayat al-Quran,” ujarnya.

Zul memberitahu selepas membaca beberapa ayat seperti diminta Imam, bapanya turut menaburkan garam dan lada hitam ke arah sejadah tersebut sebelum ia terjatuh ke bawah.

” Ibu saya terus ambil sejadah itu untuk dibasuh… Lega juga tapi masih rasa fobia apabila mengenangkan mengenainya.

” Imam juga pernah memberitahu dia sendiri tidak pasti sama ada kejadian itu adalah mainan syaitan ataupun peringatan yang baik untuk kita semua,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: mstar


Post a Comment

0 Comments