selain juruterbang terlatih, Sineenat adalah jururawat dan pengawal. - Foto Istana Thailand via Reuters
BANGKOK: Laman rasmi Istana Thailand tergendala pada Isnin selepas laman itu menyiarkan gambar-gambar di sebalik tabir gundik rasmi diraja sebagai juruterbang jet pejuang, anggota tentera dan foto rasmi bersama Raja Thai.
Gambar-gambar yang memaparkan Mejar-Jeneral Sineenat Wongvajirapakdi, 34, disiarkan sempena penerbitan biografi rasmi Raja Maha Vajiralongkorn.
Menurut kenyataan seorang sumber istana Thai, laman itu sedang diperbaiki susulan jumlah pengunjung yang ramai.
Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak istana mengenai perkara itu.
Raja Maha Vajiralongkorn, 67, memberi gelaran itu kepada Sineenat Julai lalu, hanya dua bulan selepas mengahwini Permaisuri Jeneral Sutida Vajiralongkorn, 41.
Selain juruterbang terlatih, Sineenat adalah jururawat dan pengawal.
Pada 4 Mei lalu, Raja Maha Vajiralongkorn secara rasmi ditabalkan sebagai Raja ke-10 Dinasti Chakri pada istiadat pertabalan yang gilang-gemilang mengikut keagamaan Hindu dan Buddha.
Sebelum ini, Raja Rama X pernah berkahwin sebanyak tiga kali yang mana perkahwinan pertama adalah dengan sepupu baginda, Puteri Soamsawali Kitiyakara pada tahun 1977.

0 Comments