Dah Tua,Aznil disuruh ke surau buat ibadat, tinggalkan dunia hiburan.

Dah Tua,Aznil disuruh ke surau buat ibadat, tinggalkan dunia hiburan.

Dah Tua,Aznil disuruh ke surau buat ibadat, tinggalkan dunia hiburan.

POPULARITI yang diraih pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi bukanlah alasan untuk dia terlepas daripada kritikan netizen di media sosial.
Ketika usianya kini menjengah 57 tahun, Aznil atau lebih mesra disapa Paknil mendedahkan pernah disuruh bersara daripada dunia hiburan bagi menghabiskan masa di surau untuk beribadat.

"Perkara menarik yang berlaku apabila menjadi selebriti seperti saya adalah saya perlu berdepan begitu banyak kritikan. Apa yang bagus saya ambil, yang tidak bagus saya endahkan.
"Lebih-lebih lagi sekarang ini, semua orang boleh melontarkan kritikan mereka di laman sosial.
Paknil mendedahkan pernah menerima pelbagai kritikan sepanjang bergelar selebriti.
"Yang paling teruk saya pernah kena adalah mereka suruh saya berhenti daripada dunia hiburan kerana lebih baik saya pergi ke surau. Pada saya, untuk pergi ke surau itu bukan nak tunggu sudah tua baru pergi ke sana. Bukan juga bermakna anda budak muda, anda tidak perlu ke surau atau bersembahyang," katanya kepada mStar.
Aznil ditemui pada Majlis Sidang Media #TomTomBak di The Love @ Matic, Kuala Lumpur pada Selasa.
Menyifatkan ia kritikan paling buruk pernah diterimanya sepanjang bergelar selebriti, Paknil berkata, dia tidak akan mengundurkan diri daripada industri tanah air.
"Mereka beranggapan saya perlu berhenti menjadi produktif apabila usia semakin meningkat... Kalau susu ada tarikh luput tetapi manusia tiada.
"Kalau anda suruh saya berhenti daripada industri ini, bermakna anda meletakkan tarikh luput pada saya.

Anda tidak akan pernah dengar pengumuman mengenai penarikan diri saya daripada dunia hiburan.

DATUK AZNIL NAWAWI

Pengacara

"Saya bukan susu atau kacang dalam tin... selagi saya boleh buat, saya akan teruskan. Saya sangat suka dengan apa yang saya lakukan sekarang dan saya tak akan pernah berhenti.
"Anda tidak akan pernah dengar pengumuman mengenai penarikan diri saya daripada dunia hiburan ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Aznil bakal kembali mengacarakan program popular dalam kalangan kanak-kanak yang sudah lapan tahun tidak bersiaran iaitu #TomTomBak bagi musim baharu.
#TomTomBak bakal menemui penonton mulai 6 September ini yang bakal bersiaran setiap Jumaat, 8.30 malam di Astro Ceria (saluran 611).
#TomTomBak merupakan sebuah rancangan yang mempersembahkan aneka bakat dan ragam si cilik.
Antara selebriti yang dilahirkan melalui program ini adalah pelakon Elfira Loy dan Sweet Qismina.

Post a Comment

0 Comments