R0gol dan bunuh kanak-kanak berusia 3 tahun, "Kami cekik kerana tak berhenti menangis"

R0gol dan bunuh kanak-kanak berusia 3 tahun, "Kami cekik kerana tak berhenti menangis"

R0gol dan bunuh kanak-kanak berusia 3 tahun, "Kami cekik kerana tak berhenti menangis"

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun diculik ketika tidur di sebelah ibunya di atas sebuah kereta api.
Lebih malang kanak-kanak itu dirogol dan kepalanyanya dipenggal.
Insiden yang berlaku pada 26 Julai lalu itu di stesen kereta api Tatanagar di Jharkhand, India.
Beberapa jam kemudian, ibu mangsa membuat laporan polis dan mendakwa suspek yang menculik anaknya itu adalah bekas pasangannya.
Sementara itu, polis menemui badan kanak-kanak perempuan itu di kawasan balai polis Telco di Jamshedpur.
Rinku baharu dibebaskan dari penjara dengan tuduhan menculik kanak-kanak. Kini dia kembali di tahan. Foto: NDTV
Namun kepalanya masih belum ditemui.
Dua daripada tiga lelaki yang dipercayai merogol dan membunuh kanak-kanak itu telah ditahan polis.
Salah seorang suspek Rinku Sahu yang baharu dibebaskan dari penjara sebelum ini pernah menculik kanak-kanak dan cubaan membunuh pada tahun 2015.
Rinku dan kawannya Kailash yang berusia 30-an memberitahu polis bahawa mereka telah merogol kanak-kanak itu sepanjang hari dan terpaksa mencekik mangsa kerana tidak henti-henti menangis.
Malah polis juga turut menahan ibu mangsa Monu Mandal untuk disiasat berkaitan dengan pemerdagangan kanak-kanak.
Polis memberitahu, rakaman CCTV menunjukkan suspek adalah Rinku.-metro.co.uk

Post a Comment

0 Comments