GARA-gara pendedahan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengenai ciri-ciri menantu pilihan baginda, ramai gadis meluahkan hasrat sanggup memenuhi syarat dan permintaan tersebut.
Rata-rata mengaku pandai makan durian dan tempoyak selain boleh masak gulai tempoyak sebagaimana digemari Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
"Saya pandai makan durian Tunku. Masak gulai tempoyak pun pandai. Jemputlah datang rumah bawa dulang berserta cincin sekali," kata N.Syzreene.
"Saya sanggup tapi saya bukan berketurunan kerabat diraja. Saya hanya rakyat biasa sahaja cuma nak habaq yang saya memang suka makan durian. Insya-Allah jika diizinkan Allah jodoh yang tertulis saya akan laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin," tulis Nr.Amiiraa.
Antara komen-komen netizen berkenaan perkara itu.
"Aku lepas syarat-syarat dia. Fuh bab durian tak de hal," kata Nashadnn.
Dalam pada itu, segelintir gadis yang tidak gemar makan durian turut berminat untuk mencuba raja buah itu selepas mengetahui Tengku Hassanal amat menggemari buah tersebut.
"Walaupun tempoyak memang tak makan tapi saya sanggup," tulis Azwanaerika.
"Pasal durian tu i kena slow-slow belajar makan gamaknya... haih," tulis Alissazautey.
Bukan itu sahaja, ada yang turut berkata mereka mahu belajar cara-cara memasak patin tempoyak yang juga lauk kegemaran Tengku Hassanal.
"Ermmm bolehlah start belajar masak patin tempoyak dengan tok dan mama ni," tulis Amoremimie.
Tengku Hassanal (kiri) bersama ayahandanya, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Fahd Mua'adzam Sultan Ahmad Shah. - FotoBERNAMA
Walaupun ada yang menyedari hakikat untuk berkahwin dengan anak raja itu sesuatu yang mustahil, netizen turut mendoakan agar Tengku Hassanal bertemu jodoh yang baik sama seperti bondanya, Tunku Azizah.
"Semua tu saya boleh. Insya-Allah tapi tahu dah tak layak. Tuanku punya taste mesti tinggi. Btw semoga dapat jodoh yang baik Tuanku," tulis Aisy_Arrayyan.
"Apa-apa saja jodoh Tuanku patik harap sama dengan personaliti bonda Tuanku," kata Memenurr.
Siapa nak jadi isteri dia kena pandai makan durian, makan gulai tempoyak kena siap baju dari kepala sampai ke kaki.
TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH.
Raja Permaisuri Agong.
"Semoga Tunku dipermudahkan dalam urusan jodoh," kata Mal_079.
Tips mengenai ciri-ciri wanita yang mahu menjadi isteri Tengku Hassanal didedahkan Tunku Azizah semasa dalam siaran langsung di Instagram (Live IG) bersama pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim.
Tengku Hassanal bersama Tunku Azizah dan ayahandanya, Al-Sultan Abdullah.
Dalam live itu, Tunku Azizah memberitahu sesiapa yang mahu menjadi isteri Tengku Hassanal perlu memahami minat dan sentiasa menjaga penampilan anaknya itu.
"Siapa nak jadi isteri dia kena pandai makan durian, makan gulai tempoyak kena siap baju dari kepala sampai ke kaki.
"Kena siap semua sekali pasal dia sama macam ayah dia. Tengku Hassanal macam tulah," katanya.
Gelagat Tunku Azizah yang tidak kekok bersembang di laman media sosial itu turut mendapat pujian netizen.
0 Comments