Shaheizy Sam, Bitcoin Future tidak pernah muncul di Astro AWANI

loading...
Loading...
Shaheizy Sam, Bitcoin Future tidak pernah muncul di Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Saluran berita Astro AWANI membuat penafian secara jelas, bahawa pelakon Shaheizy Sam, serta syarikat yang dikaitkan dengan beliau - Bitcoin Future, tidak pernah muncul di mana-mana rancangan di stesen ini.

Penafian ini dibuat susulan sebuah berita yang muncul di atas talian yang menyatakan bahawa kononnya syarikat Bitcoin Future pernah ditemu-ramah oleh pengacara Astro AWANI - Ibrahim Sani, baru-baru ini.

"Saya tidak pernah bertemu dengan Shaheizy Sam untuk bertanyakan kepada beliau tentang apa itu Bitcoin Future," kata Ibrahim.

Astro AWANI telah melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa dan sedang meneliti tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang salahgunakan nama baik syarikat ini.

Post a Comment

0 Comments