Alasan Sebenar Kenapa Buah Oren Dijual Dalam Beg Jaring Merah

Alasan Sebenar Kenapa Buah Oren Dijual Dalam Beg Jaring Merah

Alasan Sebenar Kenapa Buah Oren Dijual Dalam Beg Jaring Merah:



Pasti anda biasa lihat buah oren dijual dalam beg jaring jala ikan berwarna merah … bukannya hijau, biru, ungu dan sebagainya. Terfikir kenapa agaknya begitu? Atau anda tidak ambil pusing?

Kalau musykil, ini jawapannya…

Kenapa Beg Jaring Merah?

Ternyata taktik licik yang digunakan kedai runcit, pasaraya sebenarnya mahu membuat buah oren kelihatan lebih oren dan cantik berkilat.

Foto – Pinterest

Warna merah terhadap kulit buah oren mencipta ilusi yang membuat ia kelihatan lebih oren, menggalakkan pembeli membelinya. Penanam buah sitrus dan pasaraya bahkan melakukan sesuatu yang serupa terhadap lemon, yang biasanya dijual dalam beg kuning atau hijau untuk menjadikannya kelihatan lebih kuning. (Jika lemon berada di dalam beg jaring merah, ia sebenarnya akan kelihatan oren!).

Lebih Banyak Taktik Licik Yang Dibuat Pasaraya

Sememangnya pasaraya mempunyai strategi untuk menggalakkan kita membeli lebih banyak barangan atau membuat sebilangan benda kelihatan lebih menarik sehingga menarik kita membelinya, contoh pada buah oren. Bukan itu sahaja, taktik mereka untuk mempunyai sudut bakeri di depan yang mendorong kita untuk masuk ke dalam atau bahagian susu yang terletak di peruk di bahagian belakang serta banyak lagi. Oleh itu pastikan bawa senarai barangan runcit yang diperlukan agar kamu tidak terpengaruh!..

Tricky-kan mereka!



Post a Comment

0 Comments