Video Ainul Tersenyum Ubati Kerinduan Rakyat Malaysia

Video Ainul Tersenyum Ubati Kerinduan Rakyat Malaysia

Video Ainul Tersenyum Ubati Kerinduan Rakyat Malaysia

RAKYAT Malaysia menerima khabar gembira dari London hari ini apabila melihat perkongsian video memaparkan Ainul Mardhiah, bayi perempuan penghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ dalam keadaan tersenyum ketika dirawat di sebuah hospital kanak-kanak di negara itu.
Gambar itu dikongsi bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, yang memuat naik klip video berdurasi sembilan saat memaparkan Ainul Mardhiah tersenyum sebaik disapa kakitangan hospital berkenaan.
Video itu yang dimuatnaik dengan kapsyen: ‘khas untuk yang nak tengok Ainul’ turut memaparkan keramahan pegawai perubatan ketika mennjalankan pemeriksaan ke atas Ainul.
Ainul Mardhiah kemudian tersenyum sebaik dipegang kakitangan hospital itu sebelum kedengaran suara seorang lagi wanita dipercayai doktor turut bertanyakan keadaan bayi terbabit.
Status yang dikongsi Ahmad Razak itu mendapat lebih 3,000 tanda ‘likes’ dan 423 perkongsian setakat ini.
Beberapa pengguna Facebook turut memberi kata-kata semangat kepada Ainul Mardhiah dan kedua ibu bapanya pada perkongsian status berkenaan.
“Saya setiap hari tengok FB (Facebook) tuan sebab nak tahu perkembangan baby Ainul. Semoga dipermudahkan segala urusan Ainul di sana. Amin,” kata pemilik akaun Facebook dikenali Akmal KeMal.
“Alhamdulillah…cerdik betul dia ya…satu dunia sayangkan Ainul,” kata seorang lagi pemilik akaun Facebook dikenali Kak Amy Zuraidah.
BH hari ini melaporkan beberapa doktor pakar dijangka melawat dan membuat penilaian ke atas Ainul Mardhiah minggu ini.

Doktor dalam kalangan pakar onkologi pediatrik akan berbincang bagi mencari jalan terbaik merawat bayi itu.

Post a Comment

0 Comments