Di Hina Kerana Kasta,Doktor Bunuh Diri

loading...
Loading...
Di Hina Kerana Kasta,Doktor Bunuh Diri

MUMBAI : Kematian Dr Payal Tadvi, seorang doktor perubatan yang berpangkalan di bandar ini yang juga pelajar peringkat sarjana mencetuskan perdebatan hangat di internet selepas laporan menyebut, ia berpunca daripada penghinaan kerana kasta.
Dr Payal yang berusia 26 tahun adalah doktor pelatih tahun kedua di Hospital BYL Nair di Mumbai Tengah.
Suaminya, Dr Salman Tadvi dipetik akhbar The Hindu berkata, mendiang isterinya berkongsi bilik buat sementara dengan dua doktor pelatih lain, Dr Hema Ahuja dan Dr Bhakti Mehar ketika menjalani latihan di Hospital Nair.
“Kedua-dua doktor itu melemparkan pelbagai penghinaan dan membuli beliau tidak lama selepas itu. Mereka akan pergi ke tandas dan mengelap kaki di atas tilam isteri saya serta membuang sampah di atasnya.
“Apabila Payal tidak berada di bilik, mereka akan menuduh beliau menghabiskan masa bersama suami,” katanya.
Menurut laporan Mumbai Mirror, kedua-dua doktor itu bersama seorang doktor lain sering mengejek kasta Dr Payal dan menghantar pesanan berbaur penghinaan yang menggunakan bahasa kesat dalam kumpulan Whatsapp.
Payal menyertai kolej perubatan menggunakan kuota simpanan khas diberi untuk golongan etnik minoriti India.
Kasta rendah dan puak minoriti di India diberikan kuota untuk mewujudkan penyertaan minimum di sekolah, universiti dan sektor kerajaan seperti termaktub dalam Perlembagaan India.
Terma ini dikenali sebgai ‘simpanan’

Post a Comment

0 Comments