AKTRES Nabila Huda berkongsi sepotong video dirinya melakonkan watak gadis yang ditangkap akibat tidak berpuasa di khalayak ramai.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.
Dalam video tersebut, Nabila melakonkan tiga watak dengan penceritaan berbeza dan ianya dibuat hanya untuk tujuan gurauan di IG TVnya.
"Paling saya suka bila time solat lah, bila time wuduk saya minum air, tapi saya dah tau dah imam tu perasan apa saya buat, tiba-tiba saya kena angkut dengan van jenazah.
"Masa tu tengah muda memang tak fikir apa lah kan, van jenazah hantar balik rumah, mak bapak halau saya dari rumah, yelah kan van jenazah hantar balik rumah, orang kiri kanan...," dialognya dalam video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Nabila berasa terhibur melihat gelagatnya dalam video tersebut, tidak ketinggalan beberapa rakan artis yang turut meninggalkan komen.
Sedikit info mengenai Nabila, anak kepada penyanyi Amy Search ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2001 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
0 Comments