Raja Muda Selangor Kunjung Bazaar Bawa Mangkuk Tingkat,Ramai Tak Perasan
Jarang sekali kita melihat golongan kerabat diraja berjalan sendirian apabila berada diluar namun hal ini berlainan bagi Raja Muda Selangor, Tengku Amir.
Tanpa dikelilingi pengawal peribadi, Raja muda ini dilihat senantiasa mengunjungi bazar sekitar selangor dan kadangkala Tengku turut bersama kekandanya, Tengku Zatasyah.
Gambar Tengku telah menjadi tular di media sosial dimana dimaklumkan hal itu telah menjadi rutin tahunan Tengku untuk berkunjung ke bazar ramadhan bersama kekandanya. Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila Tengku turut membawa bekas makanan sendiri ketika mengunjungi bazar.
Melalui perkongsian dari laman Friends of Selangor, pewaris Sultan Selangor ini merupakan seorang yang berjiwa rakyat, merendah diri dan lebih selesa untuk tampil secara sederhana sahaja.
Siap bawak mangkuk tingkat…
Bagi kekandanya pula, Tengku Zatasyah banyak melibatkan diri dalam kempen kesedaran untuk memelihara dan membaik pulih alam sekitar. Tengku Zatashah antara penyokong paling kuat kempen #BebasPlastik dan larangan pemberian straw secara otomatik.
Selain itu, ada juga pengunjung bazar yang sempat mengambil gambar Tengku ketika berkungjung ke bazar bersendirian. Mereka turut memuji sikap Tengku Amir yang selesan dan pandai untuk bergaul dengan rakyat Selangor.
Kalau tak kenal memang tak perasan…
Foto Raja Muda Selangor ini telah menerima pujian daripada rakyat. Mereka turut memberikan pujian kepada pewaris takhta Selangor itu, yang dianggap sebagai berjiwa rakyat.
Sempoi RMS ni…
Nie la baru raja berjiwa rakyat…
Relax jaa tak perlu escort bagai…
Sumber: Friends Of Selangor via soyalemon
0 Comments