Keadaan Terkini Ainul:“Ainul dalam keadaan baik, cuma ....

Keadaan Terkini Ainul:“Ainul dalam keadaan baik, cuma ....

Keadaan Terkini Ainul:“Ainul dalam keadaan baik, cuma ....

Bayi perempuan yang mengidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang selamat tiba di di London semalam untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di salah sebuah hospital di sana dilaporkan stabil.

Menerusi perkongsian Ahmad Safiuddin di Facebook miliknya, adik Ainul kini berada dalam keadaan baik selepas berjaya melepasi risiko di atas kapal terbang dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

“Buat masa sekarang, perkembangan terkini adalah Ainul dalam keadaan baik, cuma oksigennya sahaja sikit terganggu dan hospital sedang menstabilkannya semula.

“Mungkin sebab Ainul berjalan jauh, jadi dia perlu belajar sesuaikan diri di sini. Tapi semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah!” kongsinya.

Ainul Mardhiah dilaporkan kini dalam keadaan baik dan menanti proses rawatan selanjutnya di sebuah hospital di United Kingdom.

Ketibaan adik Ainul di London turut disambut Dr Nur Amalina Che Bakri yang menzahirkan ucapan terima kasih di atas sokongan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa membantu dan mendoakan kesembuhan adik Ainul.

Menerusi kemas kini di Instagram miliknya, Dr Amalina bagaimanapun memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi laporan penuh mengenai proses rawatan adik Ainul kerana maklumat pesakit adalah sulit.

Di samping itu, Dr Amalina meminta semua pihak memberi ruang privasi kepada keluarga adik Ainul terutamanya dalam menghadapi tempoh sukar ini.

Terdahulu, kes adik Ainul yang tular dalam media tempatan mendapat perhatian Dr Nur Amalina, doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia yang bertugas di hospital United Kingdom seterusnya menyatakan hasrat untuk membantu proses rawatan Ainul.

Post a Comment

0 Comments