Kantoi curang, Chef Fikree sah bercerai

Kantoi curang, Chef Fikree sah bercerai

Kantoi curang, Chef Fikree sah bercerai


Pasti bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa insan yang dicintai selama ini tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberi, dan akhirnya bertemu jalan perpisahan.
Begitu jugalah dengan kisah chef selebriti, Fikree dan isterinya Zurienhan, selepas wanita tersebut mendakwa bahawa suaminya telah berlaku curang dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.

Fikree dah lepaskan dengan cara baik

Namun, baru-baru ini menerusi laman Instagram Zurienhan, memaklumkan bahawa chef Fikree sudah pun menceraikannya dengan cara baik.
Menurut Zurienhan, dia terpaksa mendedahkan kecurangan suaminya di laman sosial, semat-mata mahu mendapatkan perhatian daripada bekas suami.
Malah, dia juga berterima kasih kepada sesiapa yang mengambil berat dan mendoakan dirinya kuat dengan segala dugaan yang terpaksa ditempuhinya.

Semoga lebih bahagia lepas ni…

Selepas mendapat tahu mengenai berita perpisahan itu, rata-rata pengikut di Instagramnya tidak putus-putus memberi kata-kata semangat buatnya yang kini sudah bergelar ibu tunggal.

Moga menjadi wanita yang kuat dan tabah

Doa orang teraniaya ini makbul…sabarlah

Dia yang sepatutnya rasa rugi, bukan awak…

Post a Comment

0 Comments