Aksi Si Kecil Noreen Selepas Kebakaran Undang Sebak

Aksi Si Kecil Noreen Selepas Kebakaran Undang Sebak

Aksi Si Kecil Noreen Selepas Kebakaran Undang Sebak


PAPARAN emosi yang cukup meruntun jiwa berjaya diterjemah seorang jurufoto dalam mengabadikan kediaman jirannya yang hangus dijilat api pada malam pertama Ramadan, Ahad lalu.
Bukan ingin tular mahupun berniat menarik perhatian sesiapa, namun koleksi gambar itu sekadar untuk kenangan semata-mata.
Bercerita kepada mStar, Fitrin Ruslee, 29, mengakui sebak tatkala merakam sisa-sisa kediaman yang musnah itu, pada Selasa.
Gambar cukup meruntun jiwa yang dihasilkan oleh Fitrin pada Selasa.

Dia yang mesra disapa sebagai Fitrin turut menjadikan anak bongsunya, Noreen Aqilah, 3, sebagai model dalam sesi 'photo shoot' berkenaan.
Keadaan rumah jiran Fitrin yang musnah dijilat api pada Ahad lalu.
"Saya sembang-sembang dengan tuan rumah, saya minta izin untuk ambil gambar sebagai ingatan. Dia kata tak ada masalah, sekurang-kurangnya ada juga gambar kenangan rumahnya.
"Anak bongsu saya yang jadi model, dia memang dah terbiasa dengan kamera. Jadi dia faham bila saya bagi arahan.
"Sejujurnya, memang sebak masa tu. Terasa emosinya, saya boleh bayangkan sekiranya situasi itu berlaku kepada anak saya. Rasa tak sampai hati," ujar jurufoto berusia 29 tahun itu sewaktu dihubungi.

Ada dalam 70 keping gambar. Selain gambar dengan anak, saya juga menggunakan dron untuk ambil gambar dari udara. Saya terfikir untuk hasilkan photobook, InsyaAllah akan diserahkan kepada tuan rumah sebagai kenangan nanti.

FITRIN RUSLEE

Menerusi kejadian pada Ahad lalu, kediaman milik jiran Fitrin yang dikenali sebagai Norhisyam musnah dalam tempoh 20 minit akibat disambar api yang berpunca daripada percikan api dari sebatang tiang elektrik.
Api yang marak juga hampir merebak ke rumah Fitrin sebelum ia berjaya dikawal oleh penduduk kampung dan pasukan bomba.
Fitrin yang sudah lima tahun berkecimpung dalam dunia fotografi turut berhasrat untuk mencetak koleksi gambar berkenaan dan diabadikan dalam album sebelum diserahkan kepada jirannya.
Aksi Noreen Aqilah sewaktu dirakam gambarnya baru-baru ini menarik perhatian netizen.
"Ada dalam 70 keping gambar. Selain gambar dengan anak, saya juga menggunakan dron untuk ambil gambar dari udara.
"Saya terfikir untuk hasilkan photobook, InsyaAllah akan diserahkan kepada tuan rumah sebagai kenangan nanti," kata bapa kepada dua anak itu.
Mengimbas kejadian di Kampung Tersusun Air Kuning, Kampung Gajah, Perak itu, Fitrin pada ketika itu tidak berada di rumah, sebaliknya sedang menjayakan sesi photoshoot di Kampar.
Fitrin sudah lima tahun berkecimpung dalam bidang fotografi banyak memaparkan karyanya di Instagram fitrin_ruslee.
"Sewaktu kebakaran, ada orang hubungi beritahu mengenai kebakaran rumah jiran.
"Mereka turut maklumkan api sedang merebak ke rumah saya. Saya minta mereka pecahkan pintu untuk selamatkan album gambar.
"Ada berbelas-belas album gambar yang belum diserahkan, kalau terbakar peninglah nak menjawab dengan pengantin," ujarnya lagi.
Tambah Fitrin lagi, jirannya kini menetap di rumah keluarga mereka di kampung sama buat sementara waktu.

Post a Comment

0 Comments