Kenapa Kim Kardashian Seksa Diri...Pakai Dress Korset Sampai Tak Boleh Duduk Dan Kencing

Kenapa Kim Kardashian Seksa Diri...Pakai Dress Korset Sampai Tak Boleh Duduk Dan Kencing

Seksanya Kim Kardashian Pakai Dress Korset Sampai Tak Boleh Duduk Dan Kencing:



Kim Kardashian West bukanlah orang asing di karpet merah, tetapi pemilihan fesyennya di Met Gala 2019 agak ekstra sehingga menjadi buah mulut netizen. Terutamanya di bahagian pinggang yang agak kecil yang bikin ramai orang mengerutkan dahi.

Menyarung dress korset dari Thierry Mugler, yang direka untuk menampakkan Kim kelihatan seperti basah dengan percikan air. Kim terkenal dengan ukuran bentuk badan seperti jam pasir, cumanya pada malam itu ia agak mengejutkan, sehingga netizen mempertikai keadaan organ-organ dalaman dan tulang rusuk Kim. Bayangkan pinggang Kim teramat kecil yang langsung tak masuk dek akal, ditambah lagi ukuran punggung yang betul-betul bulat mencolok mata.

Foto – Wanista

Menurut Kim, dia langsung tidak boleh duduk dan kencing kerana memakai dress korset tersebut, bahkan memerlukan khidmat tiga orang untuk memakaikan korset sahaja. Semuanya dikongsikan dalam video Vogue Kim bersiap ke Met Gala 2019. Memang seksa kita melihat setiap dari mereka menarik tali secara perlahan agar terbentuk badan ala jam pasir.

Where did Kim Kardashian’s internal organs spend the night at Met Gala? Because I can’t figure out how anatomically possible it would be to fit them all inside that tiny waist.
— ellyce! (@ellycep) May 7, 2019
Is Kim Kardashian’s waist even real?? ��#MetBall2019
— Nadia (@NadiaPannunz) May 7, 2019
Kerana ramai yang mengkritik, jurulatih peribadi Kim terus membela Kim dengan menjelaskan Kim bekerja keras untuk mendapatkan tubuh badan sebegitu.

“To make things clear,” Alcantara wrote, “1. This dress is corseted BUT 2. Kim trains her ass off 6 days a f*cking week, she wakes up early AF and is dedicated. 3. I paved the road for her but SHE did the work! I love compliments either way. MOST IMPORTANTLY I don’t give a shit about your opinions on her body, if you think [it’s] fake or not! I see her every morning, I see her train and I see her sweat and I see all the work she does outside the gym and THAT is commendable!”

Pakar nutrisi dan pengurusan berat badan di Boston Medical Centre berkata, “korset yang ketat boleh menulak perut di luar diafragma, menyebabkan refluks dan mengganggu pernafasan, dan ia boleh merosakkan tulang rusuk. Keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tengah anda, yang menghadkan aliran darah dan oksigen ke organ penting anda.”

Foto – Getty

Yikes.. Kenapa Kim sanggup seksa diri?

Post a Comment

0 Comments