Acap masih terima gaji

Acap masih terima gaji

Acap masih terima gaji

IPOH –  Kemudahan termasuk gaji diterima oleh Mohamad Ashraf Hassan yang hilang semasa menyertai larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019 pada Mac lepas masih diteruskan seperti biasa walaupun sehingga kini beliau masih belum ditemui.

Mohamad Ashraf,29, atau lebih dikenali sebagai Acap merupakan juruteknologi makmal Klinik Kesihatan Muar.



Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, sebagai penjawat awam, kemudahan yang diterima Mohamad Ashraf dikekalkan sehingga terdapat keputusan muktamad mengenai keadaan beliau.

“Dia masih hilang, tapi perjawatan masih ada…ada proses tertentu apabila sesorang hilang. Buat sementara, Jabatan Perkhidmatan Awam harus bayar gaji,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Hentikan Penderaan Peringkat negeri Perak di Meru, sini hari ini.

Mohamad Ashraf hilang pada 23 Mac lepas dan operasi pencariannya ditangguhkan sementara berkuatkuasa 17 April lalu setelah tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan oleh pasukan mencari.

Terdahulu, dalam ucapannya Dr Lee berkata, 451 kes penderaan membabitkan kanak-kanak direkodkan di Perak pada tahun lalu dengan majoriti melibatkan kanak-kanak perempuan.

“Bagi kategori pendera, teman lelaki kepada ibu atau wanita merupakan kumpulan utama, diikuti bapa sendiri dan ibu tirI,” katanya sambil menambah kebanyakan kes berlaku di rumah.

Dr Lee menarik perhatian dengan berkata 90 peratus pendera merupakan individu yang pernah didera pada masa lampau.

Post a Comment

0 Comments