'Dia tak kahwin pun, anak pun tak ada' - Jururawat dedah kisah sebenar pakcik semput

loading...
Loading...
'Dia tak kahwin pun, anak pun tak ada' - Jururawat dedah kisah sebenar pakcik semput




0.jpg

Susulan viral lelaki tua yang mendakwa anaknya tidak mahu menghantar dia ke IJN Kuala Lumpur dan dibekalkan RM50 untuk isi minyak, tampil seorang jururawat menceritakan hal sebenar bagi mengelakkan lebih ramai yang salah faham.

Menurut Norshila Ramli, lelaki tua itu sebenarnya belum berkahwin dan tiada anak, selain disahkan mempunyai masalah jiwa.

Malah sebelum dia ditemui oleh individu yang membantunya semalam, lelaki tua itu baru saja discaj dari hospital dan sempat bergaduh dengan jururawat dan doktor yang melarang dia pulang.

"Pakcik ini baru semalam aor discaj dari wad saya, ada masalah jiwa. Memang jenis aoj discaj (discaj atas risiko sendiri) dekat semua hospital. Sebelum balik, sempat bergaduh-gaduh dengan nurse dan doktor sebab larang dia balik. 

"Bawa motosikal jalan jauh-jauh bila sakit orang hantar hospital. Famous dah pakcik. 

"Saya share sebab saya harap tak adalah orang ambil kesempatan pandai-pandai bagi nombor fake nombor akaun nak membantu pakcik. Sebab baca di komen, ramai minta nombor akaun tu. Siap pelawa nak bela pakcik kat rumah dia lagi. 

"Saya cerita perkara sebenar. Tak ada niat nak aibkan sesiapa. Tujuan saya kongsikan sebab saya tak nak orang lain ambil kesempatan ke atas pakcik ini atau pakcik ini sendiri mabil kesempatan ke atas orang lain sebab orang Malayisa ini baik-baik. 

"Risau saya malam tadi baca komen sampai ada yangs nak suruh hantar pakcik ini dekat rumah dia, nak bela pakcik. Sedangkan kami staff kesihatan ini pun dia agresif dan kasar. 

"Saya nasihatkan untuk berhati-hati saja, bukan nak aibkan dia. Satu lagi yang merisaukan saya bila ada yang minta nombor akaun nak beri sumbangan. Niat itu baik cuma saya takut insan yang tak bertanggungjawab ambil kesempatan.

"Seperkara lagi, pakcik ini tak kahwin lagi, anak pun tak ada. Janganlah salahkan anak dia yang tak wujud itu. 

"Individu yang share tentang pakcik ini pun tak salah. Niat dia bagus dan patut dipuji. Dia pun tak tahu status pakcik itu. Dia sendiri PM saya untuk tahu cerita sebenar," katanya.





1.jpg




2.jpg





Post a Comment

0 Comments