Semalam viral di media sosial selepas peniaga kedai bundle menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen. Dia yang berkongsi kegembiraan itu di status Facebooknya itu berjaya mendapat perhatian netizen termasuk Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Menurut mufti tersebut, wang itu harus diserahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan umum.
Rezeki bundle
Peniaga itu menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen (RM20,755.84) ketika membuka guni bundle di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, kelmarin. Dia turut terkejut apabila menemui wang berkenaan jam 8 malam selepas menemui beg duit warna hitam di dalam kot.
Walaubagaimanpun, menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, sesiapa saja yang menemui wang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana kawasan dan gagal mengesan pemilik, ia perlu diserahkan kepada jabatan agama.
Bukan haknya
Jika wang yang ditemui itu ada pemilik, cari tuannya dahulu. Sekiranya gagal mencari pemilik baru serahkan kepada Baitulmal. Tidak kira wang itu dari negara kita atau negara lain, ia tetap wang yang ditemui tanpa pemilik.
Orang yang menemui tidak boleh menggunakan wang itu kerana ia bukan haknya.
Menurut beliau lagi, wang berkenaan jika ditemui di Kelantan harus diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diuruskan.
Antara komen netizen :
Syahmin Safie –semua bnda serah dkt baitulmal,bunyi beribu2 cpt keluar kenyataan serah dkt baitulmal,selama ni zakat baitulmal nk mohon pun susah lps satu2 borang,kutipan beribu2 tiap bulan,kalau nk ikutkan ramai lagi miskin merempat dkt klntan,bila bunyi duit laju je keluar kenyataan serah dkt baitulmal,bila nk memberi beribu alasan.
Rusa Comel –Org kata kalau jumpa emas kt kawasan umah kite, tu milik kerajaan.. tapi kalau ganja kt kawasan rumah kita, tu milik kita.. betul ke???
Izzat Aiman –Padan muka ko bang sape sruh menunjuk, klau ko senyap2 je kn sng.. Hahahahaa..Dengar jela ckp mufti tu bang, duit tu bkn duit ko pn..
Faezah Mohd Amin –fuh..masuk baitulmal..pastu org nk mntak bantuan punya la payah mcm bola kena tendang sana sini..bantuan dr persatuan org cina lg laju dri baitulmal..
Khalid bin Walid –Nok tnya duit hok ada loni dle baitulmal tu! Ada berapa?Sdg kn rmai lgi fakir miskin d klantan! News Today
Apa kata anda?
0 Comments