SETELAH Haneesya Hanee dinobatkan selaku juara Dewi Remaja 2018/2019, sekali gus diangkat sebagai ikon bagi gadis-gadis sebayanya, hari ini tular pula sebuah klip video yang mempertikaikan kredibilitinya.
Memaparkan secara jelas wajah Hanee di sisi dua lagi peserta iaitu Fazreen Fazera dan Erni Shahira, ketiga-tiganya kelihatan begitu sakan berparti sambil memegang segelas air yang dipercayai minuman keras.
Difahamkan klip berdurasi lapan saat itu dirakam beberapa minggu lalu dan turut kelihatan beberapa gadis lain yang begitu seronok menikmati minuman tersebut.
Justeru, segelintir warganet yang tidak berpuas hati mempersoalkan bagaimana sikap buruk yang dipaparkan itu boleh diteladani oleh masyarakat terutama para gadis?
0 Comments