Siapa Tak Terkejut,Anjing Yang Di Bela Berrubah Menjadi Beruang Hitam

Siapa Tak Terkejut,Anjing Yang Di Bela Berrubah Menjadi Beruang Hitam

Siapa Tak Terkejut,Anjing Yang Di Bela Berrubah Menjadi Beruang Hitam

Asia One melaporkan pemilik beruang itu yang dikenali sebagai Su Yun itu pada awalnya menyangka haiwan yang dipeliharanya sejak kecil itu merupakan seekor anjing penjaga dari Tibet.



Berharap agar anjing itu dapat melindungi keluarganya, wanita ini memutuskan untuk membeli 'anjing' berkenaan dan membawanya pulang ke rumah keluarganya yang terletak di Kunming, China.

Sejak awal lagi, mereka amat terkejut dengan selera makan yang luar biasa menakjubkan pada anjing itu.

Menurut Yu, 'anjingnya' akan makan sekotak buah-buahan dan dua bekas mi pada setiap hari.

Proses ini berlanjutan sehinggalah dua tahun kemudian, mereka akhirnya sedar bahawa 'anjing' mereka telah membesar menjadi seekor beruang hitam seberat 113kg!


Keluarga ini telah melaporkan perkara tersebut kepada Pusat Penyelamatan Hidupan Liar Yunnan dan setelah melakukan pemeriksaan, barulah mereka tahu bahawa haiwan yang mereka pelihara selama ini merupakan seekor Beruang Hitam Asia.

Bukan sahaja itu, Pertubuhan Hidupan Liar Sedunia atau World Wildlife Organisation (WWF) telah menyenaraikan beruang ini sebagai spesies haiwan kelas kedua yang dilindungi di China. Tambahan pula, beruang hitam seringkali menjadi mangsa pemburu untuk mendapatkan bahagian tubuhnya seperti hempedu. Los Angeles Times melaporkan bahawa hempedu beruang hitam dipercayai mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti demam, diabetes dan penyakit jantung.


Oleh kerana berlakunya peningkatan pemburuan beruang hitam, haiwan ini kini diancam bahaya dan menyebabkan pihak berkuasa perlu bertindak segera dengan memindahkan beruang itu ke kawasan pelindungan yang dijamin selamat.
Sumber: World of Buzz


Post a Comment

0 Comments