Heboh Pasal Emma Maembong Buka Tudung Dan Duduk Celah Kangkang Abang Menteri

loading...
Loading...
Heboh Pasal Emma Maembong Buka Tudung Dan Duduk Celah Kangkang Abang Menteri

Dunia hiburan dikejutkan dengan penyebaran imej tidak bertudung mirip dua selebriti popular iaitu Fathia Latiff dan Emma Maembong.

Ia dimulakan dengan sebuah video pada Ahad apabila individu mirip Fathia sedang berkaraoke di sebuah kafe tersebar di internet.

Video berdurasi satu minit memperlihatkan seorang wanita berambut pendek menyanyi bersama seorang lelaki yang juga pelanggan kafe tersebut.

Malah beberapa keping foto yang tersebar itu dipercayai Fathia, pelakon telefilem Kipas Belum Mati.

                                

Fathia bagaimanapun, enggan mengulas perkara berkenaan.

Foto dikirim kepada mStar Online pada Isnin.

Sementara itu, pada pagi Isnin pula kejutan kedua berlaku apabila dua foto dipercayai pelakon Emma Maembong bersama kekasihnya yang mirip abang kepada Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Dyed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah menjadi perhatian netizen.

Pasangan yang dikaitkan bercinta itu dilihat sedang menikmati makan malam, manakala sekeping lagi berdua-duaan di dalam sebuah bilik dengan Emma yang membuka tudung berada di celah kangkang pemuda itu.


Foto tersebut dipercayai dirakam seminggu lalu ketika pasangan berkenaan bercuti ke luar negara.

Sejak kebelakangan ini, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, dilihat menjalinkan hubungan mesra dengan jejaka berusia 30 tahun berkenaan.

Bagaimanapun, Emma yang dihubungi tidak menjawab panggilan dan juga tidak membalas mesej daripada mStar Online.

Rata-rata netizen mula membanjiri komen di ruangan Instagram pelakon tersebut yang mahukan penjelasan tentang isu berkenaan.

Post a Comment

0 Comments