PELBAGAI cara diperkenalkan semata-mata untuk menjadikan ia kerjaya bagi menampung kehidupan hinggakan ada yang menyediakan perkhidmatan seks tanpa pertemuan antara individu tetapi hanya menerusi panggilan telefon.
Itulah yang dipaparkan di laman Twitter apabila seorang gadis menawarkan khidmat ‘mengerang’ atau suara ghairah dengan bayaran serendah RM80 selama 20 minit.
Aktiviti phone sex itu diiklankan secara terbuka menerusi platfom tersebut sehingga ia menarik perhatian netizen.
Menerusi penyamaran yang dilakukan wartawan mStar Online, penyedia perkhidmatan itu mendakwa dirinya berusia 18 tahun.
Paparan skrin perbualan dengan gadis itu menerusi Twitter.
Jelasnya, sebelum ini ia diiklankan pada harga RM70 sahaja dan panggilan telefon akan dibuat kepada pelanggan menerusi aplikasi Telegram sejurus mereka memindahkan wang ke akaun miliknya.
Bercerita mengenai idea di sebalik perkhidmatan itu, remaja itu berkata, dia mendapat inspirasi setelah menonton filem American Pie, suatu ketika dahulu.
Tambahnya lagi, dia memiliki ramai pelanggan termasuk dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Singapura dan ramai lagi.
Malah katanya, Mudahnya Kerja Orang Kita..Pelanggan ‘bank-in’ RM80, dengar suara ghairah 20 minit di telefon sebagainya.
Antara jawapan yang diberikan gadis tersebut.
Menurut gadis itu, dia sebelum ini pernah menawarkan perkhidmatan panggilan video dengan bayaran RM150, namun sudah menghentikannya kerana berdepan risiko yang tinggi.
Dalam pada itu, ramai pelayar Twitter turut mengecam remaja itu dan menyifatkan perbuatannya sebagai jijik dan memalukan.
Menerusi akaun Twitter miliknya, dia turut memuat naik bukti paparan skrin perbualan antara dia dengan pelanggannya.
Paparan skrin perbualan gadis dengan pelanggannya yang dimuat naik ke Twitter.
Akaun yang memiliki lebih 300 pengikut itu dipercayai mula didaftarkan pada Januari lalu.
“Hi, Twitter baharu untuk mengerang sahaja. Dm jika mahu ps,” tulis gadis itu.
Singkatan perkataan PS dipercayai merujuk kepada phone sex (panggilan telefon lucah), dalam tweet yang dimuat naik pada Selasa.
Paparan akaun gadis itu pantas menarik perhatian ramai yang turut berkongsi tweet yang dimuat naik olehnya.
Antara Tweet yang dimuat naik ke akaun miliknya.
“Aku amik masa 2, 3 hari nak siapkan lukisan dengan harga RM70. Ini jual servis moan (mengerang) pun dah sama rega (harga) dengan lukisan aku. Lief iz not fairrrhrhrhehrh! (Hidup ini tidak adil) Hahaha,” tulis seorang netizen.
“Peluang kerja baru ke ni?” soal @piya_sofia pula.
“Kenapa orang bayar RM70 untuk benda ni,” soal seorang individu lagi.
Justeru diharap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu bagi memastikan gejala ini dapat dibendung agar kerosakan akhlak manusia dapat diatasi.
0 Comments