Kerana Kontroversi Buka Tudung,Akaun Emma Di Sekat Instagram

Kerana Kontroversi Buka Tudung,Akaun Emma Di Sekat Instagram

Kerana Kontroversi Buka Tudung,Akaun Emma Di Sekat Instagram

Sebenarnya ada banyak sekali peraturan Instagram sehingga ia boleh menyekat akaun anda.

 Antaranya seperti jumlah maksima tag sehari, SFS, jumlah post atau hashtag dan lain lain.


Kemungkinan dari hal-hal ini, akaun instagram pelakon Emma Maembong telah disekat oleh Instagram gara-gara membalas komen satu persatu pengikutnya berikutan permohonan maafnya semalam.

Baru-baru ini Emma Maembong mengaku dia merupakan individu dalam sekeping gambar bersama abang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman. 

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail bagaimanapun, menafikan dia adalah wanita yang dalam di celah kangkang lelaki terbabit seperti yang kelihatan dalam sekeping lagi gambar yang kini tular di sosial media.
Sumber: IG Makcik Puaka


Walaubagaimanapun, semalam Emma tampil membuat pengakuan secara terbuka selepas dikecam oleh sebilangan besar netizen di laman sosial.
“Walaupon ramai cakap pergi mintak maaf dekat allah saya buat, dekat manusia pun masih saya kena mintak maaf juga kan. Tak sempat saay nak balas komen satu-satu banyak sangat. Tapi Terima kasih masih support dan yang positive.”- katanya di Instagram

Malangnya, Emma memberitahu di IG storiesnya bahawa dia tidak dapat meneruskan balas komen pengikutnya kerana akaun Instagram telah disekat.

Post a Comment

0 Comments