Pekerja arang batu dakwa berketurunan kerabat diraja,anak tidak sah taraf Almarhum Raja Perak

Pekerja arang batu dakwa berketurunan kerabat diraja,anak tidak sah taraf Almarhum Raja Perak

Pekerja arang batu dakwa berketurunan kerabat diraja,anak tidak sah taraf Almarhum Raja Perak

Williams (kiri) mendakwa dia merupakan anak kepada Almarhum Sultan Idris Iskandar Sultan Idris Iskandar (kanan).

SEORANG pekerja arang batu dari Welsh, United Kingdom yang mendapati dirinya mempunyai pertalian dengan kerabat diraja Malaysia berusaha untuk menuntut harta warisannya.

Keith Williams menghabiskan masa selama 20 tahun dalam perniagaan arang batu bapa angkatnya di South Wales sebelum memutuskan untuk menjejaki asal usul biologinya.
Warga emas berusia 66 tahun itu tidak pernah membayangkan penemuan menakjubkan itu berlaku kepada dirinya.

Lelaki yang berasal dari Carmarthenshire dan dikenali sebagai Keith y Glo (Keith the Coal) itu mendakwa dia merupakan anak lelaki pertama (tidak sah taraf) kepada Sultan Perak ke-33.

Menurut laporan Mirror UK, dia turut mendakwa telah cuba bertemu dengan keluarga baharunya, namun cubaan pertama untuk menghubungi mereka tidak disambut dengan baik.

Williams bagaimanapun menekankan bahawa dia tidak berminat untuk bersaing mendapatkan takhta, namun nekad untuk menuntut sebarang harta warisan yang ditinggalkan oleh bapanya kepadanya.





Istana Iskandariah. - Foto Alamy

Keith berkata: "Ia adalah memalukan apabila mereka memutuskan untuk menidakkan pangkat saya. Saya faham jika mereka merasa terancam tetapi bukannya saya ingin menuntut takhta itu.

"Saya yakin ayah saya tahu tentang saya dan jika dia tahu, saya pasti dia akan meninggalkan sesuatu untuk saya dan saya fikir ia betul, saya tahu mengenainya."


Baca artikel berkaitan:
Taubat Almarhum Sultan Perak..Aku Tak Minum Arak Lagi,Aku Minum Teh Cina


Ketika Williams mengetahui tentang asal-usulnya, ia sudah terlambat dia untuk menghubungi bapanya, Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah yang telah mangkat pada 1984.

Ibu Keith, Elizabeth Rosa berusia 17 tahun dan merupakan seorang jururawat pelatih di sebuah hospital kanak-kanak di Carshalton, Surrey ketika wanita itu didakwa bertemu dengan raja tersebut yang pada waktu itu sedang melanjutkan pengajian di UK.

Williams medakwa dia tidak bermaksud untuk bersikap tamak dan berkata: "Sudah tentu mereka ada banyak harta. Saya tidak berminat dengan wang mereka, saya hanya ingin tahu sekiranya ayah saya ada meninggalkan saya apa-apa.


Williams (kanan) dan bapa angkatnya. - Mirror UK

"Sekiranya ia disahkan bahawa ada harta yang diwariskan, mengapa pula saya tidak berminat? Ia adalah sesuatu yang dia mahu saya miliki, bukan?

"Ayah saya dikenali sebagai 'sultan berjiwa rakyat'. Semua orang menyukainya, daripada kajian saya. Saya pasti dia mahu yang terbaik untuk saya. "

Keith berkata, walaupun dia tidak ditinggalkan apa-apa harta, ia masih memberi makna kepadanya sekiranya pihak keluarga diraja itu menjawab panggilannya.

Semasa lawatan ke Malaysia, Williams mendakwa telah bertemu dengan kakak tirinya, Ku Ess dan melawat makan baginda.

Lelaki itu turut mendedahkan bahawa dia mempunyai ujian DNA yang menunjukkan bahawa dia berketurunan Asia.

Post a Comment

0 Comments