[GAMBAR] Alamak...Tunku Azizah Panik! Kereta Pancit Di Mersing

loading...
Loading...
[GAMBAR] Alamak...Tunku Azizah Panik! Kereta Pancit Di Mersing



Kerabat diraja Pahang antara kaum kerabat yang sering kali menjadi tumpuan rakyat jelata. Bukan sahaja di Pahang, malah kemesraan yang ditunjukkan menjadi inspirasi kebanyakan rakyat Malaysia.

Tunku Azizah Iskandar Kongsi Pengalaman Tayar Kereta Dinaiki Pancit


Terbaru, sesuatu yang melucukan dikongsi K.D.Y.T.M. Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika sedang dalam perjalanan di Mersing. Menurut Tunku Azizah, kereta yang dinaikinya secara tiba-tiba pancit menyebabkan kenderaan diraja itu berhenti seketika ditepi jalan.

Tengku Afzan Teruja!

                                            
Tunku Azizah dan Tengku Afzan

Melihatkan pada kejadian tersebut, anakanda Tunku Azizah iaitu Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatu’llah sempat merakamkan video menerusi laman Instagram nya.



                                         


Menurut Tunku Azizah, Tengku Afzan begitu teruja mengalami kejadian tersebut memandangkan ini adalah kali pertama kereta yang dinaiki mereka pancit di tengah jalan.





Rata-rata pengikut baginda turut terhibur melihat Tunku Azizah yang berseloroh selain mendoakan keselamatan Tuanku berdua. Comel bukan?



Post a Comment

0 Comments