Selepas Hina Gadis Prometer,Ini Balasan Paling Teruk Edi Rejang Terima

Selepas Hina Gadis Prometer,Ini Balasan Paling Teruk Edi Rejang Terima

Selepas Hina Gadis Prometer,Ini Balasan Paling Teruk Edi Rejang Terima
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah dengan nasib lelaki yang dikenali sebagai Edi Rejang ini akibat kata-kata yang memakan dirinya sendiri.


Rentetan tularnya sebuah video tentangnya yang melemparkan kata-kata kasar bersifat perkauman terhadap seorang promoter arak di sebuah pasar raya terkenal baru-baru ini di laman media sosial, Edi telah menyesal dan tampil memohon maaf atas insiden tersebut.

Bagi yang tidak mengetahui, dalam rakaman video tersebut Edi Rejang telah mendakwa jurujual itu memberikan sampel arak kepada semua pengunjung pasar raya tersebut walaupun jurujual itu menafikan dan menegaskan dia hanya memberikan sampel itu kepada pelanggan bukan beragama Islam sahaja.

Namun Edi enggan mendengar penjelasan itu dan terus mengasak jurujual tersebut serta meminta dia berbahasa Melayu kerana menurutnya ini adalah bumi melayu dan menunjukkan isyarat lucah kepada gadis itu.

Sementara di media sosial, semua netizen menghentam keras tindakannya itu, anggota polis juga sedang mencarinya ekoran laporan yang diterima.

Edi yang telah menanggung akibat dan balasan daripada perbuatannya itu telah berjumpa dengan Ahli Parlimen DAP dan membuat permohonan maaf kepada semua pihak yang terlibat.

Selain itu di laman Twitter, seorang netizen yang mengakui mengenal individu bernama Edi ini secara personal ada berkongsi kisah tentang peribadi dan latar belakangnya.

Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai, @fiqsunny atau lebih mesra dengan Syafiq, Edi amat menyesali perbuatannya dan menanggung kerugian besar.

Lantaran itu ramai netizen menyokong tindakannya itu namun ada juga segelintir yang masih tidak berpuas hati terhadap lelaki tersebut.

Post a Comment

0 Comments