Bibir Wanita Pecah ,Hilang Gigi Lepas Cawan IKEA Meletup

Bibir Wanita Pecah ,Hilang Gigi Lepas Cawan IKEA Meletup

Bibir Wanita Pecah & Hilang Gigi Lepas Cawan IKEA Meletup:


Seorang wanita di Beijing baru-baru ini mengemukakan kembali kes samannya terhadap sebuah syarikat mengedar perabot dan perkakasan rumah terkemuma IKEA. Tindakan itu dibuat merujuk kepada kejadian yang menimpanya sekitar Mei tahun lalu, apabila cawan IKEA yang digunakannya untuk meminum minuman panas tiba-tiba pecah dan meletup lalu mencederakan bahagian bibirnya hingga koyak serta patah gigi hadapan.

Menurut sumber, wanita yang dikenali dengan nama keluarga Wang itu mengaku yang dirinya terus tidak sedarkan diri selepas cawan dari siri Stelna itu meletup mengenai bahagian wajahnya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Wang juga telah menerima 4 jahitan daripada kejadian itu.


Menurut laporan yang pernah dikongsikan akhbar TheSun, Wang juga menyatakan bahawa pihak IKEA tidak mahu bertanggungjawab dengan membayar bil rawatannya biarpun dia perlu berulang-alik ke lebih 12 buah hospital untuk merawat kecederaan serta menggantikan giginya yang patah.

                                  
Sumber: shanghai.ist

Walau bagaimanapun, pihak IKEA sebenarnya mengambil serius tentang kes tersebut bahkan tampil memberi penjelasan bahawa cawan dari siri Stelna itu sudah melepasi fasa ujian makmal dan ternyata ia diperbuat daripada gelas terbaja (tempered glass) yang sangat berkualiti dan tahan lasak. Baik untuk minuman panas mahupun sejuk.

Jelas IKEA lagi, pihaknya ada cuba mendapatkan kata sepakat daripada Wang untuk menyalurkan imbuhan ihsan tetapi nampaknya Wang masih berdegil untuk meneruskan samannya.

                              
Sumber: shanghai.ist

Dalam laporan lain, Wang nekad menyaman IKEA dengan jumlah setengah juta namun bukti yang dikemukakan tidak cukup untuk menyatakan kebenaran tentang cawan IKEA tersebut sebaliknya, pihak mahkamah bersetuju untuk meminta pihak gedung perabot terbesar dari Sweden itu untuk hanya membayar jumlah ihsan sebanyak RM240,000 berserta wang ganti rugi menurut harga gelas tersebut iaitu sekitar RM2.34.

                   
Sumber: IKEA

Kes tersebut akan dipertimbangkan kembali oleh mahkamah dalam masa terdekat melihatkan kedua-dua belah pihak masih belum berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

     
Originale Einfassung:


Post a Comment

0 Comments