Uzur...Keadaan Terkini Pak Lah Selepas Jatuh

Uzur...Keadaan Terkini Pak Lah Selepas Jatuh

Uzur...Keadaan Terkini Pak Lah Selepas Jatuh



Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat akibat jatuh baru-baru ini.

Beliau mengalami kecederaan patah tulang pinggul dan lutut kanan,namun telah berjaya dirawat oleh doktor.


“Kini beliau kembali boleh berjalan dalam keadaan yang perlahan dan kesakitan. Tekanan darahnya normal, selera makin masih dalam keadaan baik.

“Namun, doktor tidak penah menyebut mengenai penyakit alzheimer. Isterinya, Tun Jeanne Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin terhadap kesihatan suaminya,” kata kenyataan Pejabat Abdullah pada Isnin.

Gambar Pak Lah yang dikirimkan turut menunjukkan Bekas Perdana Menteri Kelima berada dalam keadaan yang sihat.



Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Pak Lah kembali sihat seperti sedia kala.

Sebelum ini, Abdullah yang lebih mesra disapa Pak Lah itu mendedahkan beliau menghidapi penyakit Apnea tidur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA).

Apnea tidur adalah sejenis penyakit masalah gangguan tidur yang disebabkan oleh obstruksi saluran nafas.

“Doktor mengingatkan saya agar mengambil perkara ini dengan serius. Saya kemudian membuat keputusan pergi ke Australia (pada tahun 2007) untuk membuat pembedahan mengeluarkan polip (ketumbuhan) dari dalam hidung saya,” katanya.

Semoga Allah memberikan kesihatan kepada beliau. Jasa beliau kepada negara dan juga kesabaran sebagai seorang negarawan, amatlah terpuji. Kami sentiasa mendoakan kesihatan Tun Pak Lah.

Amin.

Semasa menjadi perdana menteri, Abdullah telah melakukan banyak usaha bagi pembangunan universiti dan kolej swasta, menaik taraf sekolah-sekolah serta institut-institut latihan perguruan kerana beliau percaya pemupukan generasi muda dengan kemahiran, latihan dan nilai murni akan membolehkan mereka untuk berjaya dalam landskap yang semakin kompetitif.

“Bagi Pak Lah, modal insan bukan sekadar dalam bentuk pembelajaran sahaja. Beliau menunjukkan bahawa modal insan juga adalah tentang nilai-nilai, kepercayaan, integriti, institusi dan kesaksamaan. Beliau percaya (bahawa) tanpa nilai-nilai murni, infrastruktur moden atau kelas pertama akan kekal lompang.

“Keyakinan beliau terhadap Islam menjadi asas kepada nilai-nilai berkenaan. Beliau berusaha menjelaskannya mengikut kaedah sejagat menerusi Islam Hadhari. Tiada individu secara sendirian boleh meneruskannya untuk selama-lamanya dan setiap perkara perlu diinstitusikan untuk generasi masa depan,”

Sumber: Nabeel Naqie

Post a Comment

0 Comments