Achey Dedah Mengapa Masih Belum Ada Zuriat Sendiri

Achey Dedah Mengapa Masih Belum Ada Zuriat Sendiri

Achey Dedah Mengapa Masih Belum Ada Zuriat Sendiri

Achey mengakui sedang menjalani pemeriksaan kesuburan sebelum membuat prosedur selanjutnya.

Jelas Achey, berdasarkan pemeriksaan awal makmal, kadar kandungan hormonnya rendah ekoran terlalu kuat bekerja.

“Saya dan isteri masih lagi melalui proses-proses ujian makmal tetapi ia bukan untuk jangka masa pendek.


“Kami tak perlu terkejar-kejar, misalnya kalau minggu ini kami buat ujian bulan depan baru doktor akan panggil untuk keputusan.

“Setakat ini, kami melalui ujian makmal membabitkan pemeriksaan kadar kandungan hormon dan saya dimaklumkan tahap hormon saya rendah.

“Doktor cakap saya bekerja terlalu banyak dan selalu tidur lewat. Nasihat doktor, saya tidak boleh terlalu tertekan dan perlu lebih relaks,” katanya.


Achey juga memberitahu dia tidak membelanjakan wang yang terlalu banyak untuk kos pemeriksaan itu.

“Setakat ini kos pemeriksaan tak mencecah puluhan ribu ringgit pun sebab baru ujian makmal,” tambahnya.

Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya telah mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun lalu namun belum dikurniakan cahaya mata.


Bagaimanapun, pasangan itu dianugerahkan seorang anak angkat perempuan, Nur Tiara Zinnirah pada Jun lalu.

Post a Comment

0 Comments