Pada tahun 1993, empat tahun sebelum kematian tragisnya, Puteri Diana menandatangani wasiat terakhirnya.
Difahamkan, dia banyak menghadiahkan harta pusakanya kepada dua orang anak lelakinya tetapi dikatakan ia bukannya satu perkara yang mudah.
Ketika kematiannya pada Ogos 1996 dilaporkan berjumlah kira-kira £21juta. Ini termasuklah kesemua dananya, pelaburan saham, objek fizikal seperti barang kemas dan pakaian, serta £17juta penyelesaian penceraiannya dari Putera Charles.
Seperti mana tertulis di dalam dokumen yang ditandatangan olehnya pada Jun 1, 1993, nilai bersih miliknya, mengikut undang-undangan dikenali sebagai estet, dibahagikan antara beberapa orang termasuklah pelayannya, Paul Burrell, dan ramai anak pembaptisannya.
Jadi, tidk terkejut yang mana penerima utama harta pusakanya adalah dua orang anak lelakinya, William dan Harry.
2.Tabung Belanjawan
Dalam wasiatnya Diana menubuhkan Discretionary Fund yang mana boleh memberikan keuntungan buat kedua anaknya serta masa depan keluarga.Dilaporkan beberapa ratus pound dilaburkan pada dana itu sebagai tambahan kepada faedah dan pendapatan terkumpul daripada aset dana.Beginilah bagaimana kerabat Diraja British bernilai sekarang ini.
3.Barang kemas dan harta benda
Hari selepas dia menandatagani wasiat asal,Lady D menyusun satu dokumen tambahan yang dipanggil Letter Of Wishes yang mana menerangkan apa yang dia mahu dilakukan keatas barang kemas miliknya serta harta pusaka yang lain.
Surat tersebut bertulis 75 peratus kesan peribadi yang digelar Chattels di UK akan dibahagikan samarata antara William dan Harry.Didalam surat itu juga Lady D menulis supaya isteri anak-anaknya akan memakai barang kemas miliknya secara turun menurun.
Sebanyak 25 peratus lagi akan disalurkan kepada anak baptisnya.
0 Comments