Sumbat getah paip dalam kemaluan, mangsa rogol berusia 7 tahun kritikal

Sumbat getah paip dalam kemaluan, mangsa rogol berusia 7 tahun kritikal

Sumbat getah paip dalam kemaluan, mangsa rogol berusia 7 tahun kritikal

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa rogol terbaharu di India dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Menurut pihak berkuasa, getah paip turut dimasukkan ke dalam kemaluan mangsa dan dia kini ditempakan di Hospital New Delhi.

Setelah menjalani beberapa jam pembedahan, gadis itu kini sedang direhatkan dan ditemani ibunya.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan, ujar timbalan polis New Delhi, Meghna Yadav.

Dalam pada itu, pengerusi Suruhanjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal turut mengecam insiden berkenaan.

"Baru sahaja bertemu dengan mangsa yang dirogol secara ganas di Seemapuri. Lelaki itu bawa dia ke taman, masukkan getah paip ke dalam kemaluan dan merogolnya.

"Dia sangat kritikal, mengalami pendarahan dan telah dibedah, ibunya merupakan ibu tunggal dan mereka miskin," tulis Swati di Twitter.

Mengulas lanjut mengenai hal itu, Swati dalam satu temu bual bersama CNN memaklumkan mengambil serius mengenai insiden itu.

"Kami sedang bekerja untuk pelan pemulihan bagi mangsa. Ia sangat malang kerana kes rogol tidak berkurangan di Delhi," katanya.

Tambah Swati lagi, dia tidak dapat membayangkan tahap kesakitan yang perlu dilalui mangsa pada usia itu.

Malah, beliau bertekad untuk memberi sokongan dari sudut perundangan agar si pelaku menerima pembalasan sewajarnya. - Edition.CNN.

Post a Comment

0 Comments